Hi, what are you looking for?

Mamak News

Siasatan kes salah guna dana MITRA selesai


GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telahpun selesai menjalankan siasatan berhubung kes salah guna dana Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, daripada 33 kertas siasatan dibuka sebanyak lapan individu telah dituduh di mahkamah.

Menurutnya, seramai enam orang lagi dijangka akan dituduh nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Amaun terlibat dalam setiap program yang saya sebut adalah RM900,000 sehingga RM5 juta. MO (modus operandi) saya ingat semua dah tahu bagaimana berlaku.

“Mereka yang dituduh terdiri daripada pengarah syarikat, pengerusi pertubuhan, pegawai pentadbiran syarikat dan setiausaha pertubuhan.

“Kes ini saya telah namakan selesai pada peringkat siasatan dan kementerian berkenaan (Kementerian Perpaduan Negara) telah setuju dengan cadangan SPRM dalam penambahbaikan kerana ini satu peruntukan di bawah undang-undang di bawah Seksyen 7 yang perlu dipatuhi,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian dalam sesi dialog bersama media dalam program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Utara, di sini hari ini.

Untuk rekod, operasi Mitra 1.0 dan 2.0 digerakkan hasil siasatan SPRM yang mengenal pasti 337 syarikat, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerima geran peruntukan sejak tahun 2019 hingga 2021 yang membabitkan peruntukan berjumlah hampir RM203 juta.

Dalam perkembangan lain, Azam memberitahu, setakat ini seramai sembilan individu termasuk kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan bagi membantu siasatan kes pemberian projek kerajaan Selangor kepada kartel-kartel tertentu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dalam kalangan sembilan orang terlibat, saya boleh namakan satu lagi bentuk kartel yang cuba kita bongkarkan. Dalam tangkapan terbaru melibatkan seorang pegawai kanan kerajaan dari MBSA berkenaan.

“Salah satunya kita syaki berlaku adalah pegawai itu terima satu bentuk ‘benefit’ atau benda berharga berbentuk ‘lanscaping’ bernilai berpuluh ribu ringgit.

“Jadi, sekarang ini kita melihat kepada bagaimana perbuatan rasuah berlaku di kalangan mereka ini dan kedua, bagaimana sebuah syarikat dikatakan mengawal lebih kurang 30 syarikat untuk mendapatkan projek-projek tertentu dari jabatan berkenaan,” tambahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, dilaporkan seramai enam kakitangan MBSA telah direman termasuk dua daripadanya adalah jurutera. Selain itu, turut ditahan adalah seorang kontraktor. -KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement