Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

SIC Perkenal Tiket Rahmah RM49.90 Saksikan GP Malaysia 2023


SIC Perkenal Tiket Rahmah RM49.90 Saksikan GP Malaysia 2023

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) — Peminat sukan permotoran tanah air boleh menikmati harga istimewa menerusi tiket Rahmah serendah RM49.90 yang diperkenalkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menyaksikan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix (GP) Malaysia 2023, November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, berkata sebanyak 7,000 tiket di K2 Hillstand akan mula dijual kepada semua rakyat Malaysia secara dalam talian dan kaunter jualan tiket, mulai hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selain harga tiket istimewa, parkir percuma dan menu Rahmah untuk F&B (food and beverages) turut akan diperkenalkan. Ini pertama kali kami perkenalkan inisiatif seumpama  ini.

“Jadi kami menjangkakan 170,000 penonton berbanding 164,000 penonton yang hadir pada tahun lepas dan sekarang kita berada di landasan yang betul untuk sold out kerana sudah hampir 70 peratus tiket dijual bermula tahun lepas,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

MotoGP GP Malaysia 2023 akan berlangsung pada 10 hingga 12 Nov ini.

Dalam pada itu, Azhan berkata setakat ini, tiada pelumba tempatan akan beraksi atas tiket wild card pada perlumbaan GP Malaysia 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau, bagaimanapun, berkata keputusan itu boleh berubah sekiranya ada pihak mahu menawarkan diri untuk memberi penajaan dan keputusan itu hanya akan diketahui 45 hari sebelum perlumbaan itu berlangsung.

“Untuk tahun ini, kita tak ada rancangan lagi untuk meletakkan pelumba negara atas tiket wild card . Tahun lalu, dua pelumba Petronas bersaing atas tiket wild card dalam kategori Moto2.

“Kalau ada penaja wild card seperti Petronas, saya tidak menolak kemungkinan,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Mamak News

0 SINGAPURA: Singapura menaik taraf jet pejuang F-16 miliknya dengan keupayaan baharu dan maju untuk meningkatkan operasi, menurut Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF). F-16 yang...

Sukan

0 TOKYO – Pelumba utama Red Bull Racing, Max Verstappen mempamerkan dominasi penuh untuk kembali berada di landasan kemenangan selepas menjuarai Grand Prix (GP)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications