Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

SIC Perkenal Tiket Rahmah RM49.90 Saksikan GP Malaysia 2023


SIC Perkenal Tiket Rahmah RM49.90 Saksikan GP Malaysia 2023

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) –– Peminat sukan permotoran tanah air boleh menikmati harga istimewa menerusi tiket Rahmah serendah RM49.90 yang diperkenalkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menyaksikan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix (GP) Malaysia 2023, November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, berkata sebanyak 7,000 tiket di K2 Hillstand akan mula dijual kepada semua rakyat Malaysia secara dalam talian dan kaunter jualan tiket, mulai hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selain harga tiket istimewa, parkir percuma dan menu Rahmah untuk F&B (food and beverages) turut akan diperkenalkan. Ini pertama kali kami perkenalkan inisiatif seumpama ini.

“Jadi kami menjangkakan 170,000 penonton berbanding 164,000 penonton yang hadir pada tahun lepas dan sekarang kita berada di landasan yang betul untuk sold out kerana sudah hampir 70 peratus tiket dijual bermula tahun lepas,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

MotoGP GP Malaysia 2023 akan berlangsung pada 10 hingga 12 Nov ini.

Dalam pada itu, Azhan berkata setakat ini, tiada pelumba tempatan akan beraksi atas tiket wild card pada perlumbaan GP Malaysia 2023.

Beliau, bagaimanapun, berkata keputusan itu boleh berubah sekiranya ada pihak mahu menawarkan diri untuk memberi penajaan dan keputusan itu hanya akan diketahui 45 hari sebelum perlumbaan itu berlangsung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Untuk tahun ini, kita tak ada rancangan lagi untuk meletakkan pelumba negara atas tiket wild card . Tahun lalu, dua pelumba Petronas bersaing atas tiket wild card dalam kategori Moto2.

“Kalau ada penaja wild card seperti Petronas, saya tidak menolak kemungkinan,” katanya.

BACA: Nasi Bau Hangit, Letak ‘Satu’ Bahan Ini Auto Jadi Wangi Semula

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications