Hi, what are you looking for?

Mamak News

Sidney Poitier, aktor kulit hitam pertama yang raih anugerah Oscar meninggal dunia


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

LOS ANGELES: Dunia hiburan Hollywood berduka dengan pemergian Sidney Poitier, aktor kulit hitam pertama yang memenangi anugerah Oscar untuk kategori Aktor Terbaik.

Poitier meninggal dunia pada usia 94 tahun.

Dia menjadi aktor Afrika-Amerika pertama yang dicalonkan untuk Anugerak Akademi bagi kategori Pelakon Terbaik pada 1963.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum itu, nama Poitier melonjak naik melalui film The Defiant Ones pada 1958.

Enam tahun kemudian, dia menjadi aktor kulit hitam yang memenangi Anugerah Akademi melalui filem Lilies of the Field.

Selepas itu mendiang mencipta kejayaan dalam banyak filem terutama yang berkaitan dengan isu perkauman dan  perjuangan orang kulit hitam di Amerika Syarikat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kabar duka pemergian Sidney Poitier diumumkan oleh Kementerian Luar Negeri Bahamas yang menjadi kampung halamannya.

“Sidney Poitier meninggal dunia pada Khamis minggu ini di usia 94 tahun,” tulis keterangan Kementerian Luar Negeri Bahamas.

Sepanjang kariernya, dia banyak memberi inspirasi kepada aktor dan aktres Hollywood. Sosoknya pun dipuji oleh Morgan Freeman, Oprah hingga bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namanya cukup dihormati dengan Institut Filem Amerika memasukkannya ke dalam Hall of Fame pada 1999.

Ratu Elizabeth II menganugerahkannya gelaran bangsawan pada 1974 dan Presiden Barack Obama menganugerahinya Presidential Medal of Freedom pada 2009.

Dalam satu kenyataan, Presiden AS, Joe Biden turut mengucapkan takziah sambil menyatakan Sidney Poitier sebagai seorang aktor dan advokat dalam satu generasi yang berpengaruh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia membawa banyak manfaat, martabat, kekuataan, dan rahmat sehingga mengubah dunia di dalam dan di luar layar lebar. Dengan keagungan dan ketenangan yang tak tergoyahkan, kehangatan, kedalaman, dan perawakannya yang luar biasa di layar – Sidney membantu membuka hati jutaan orang dan mengubah cara Amerika melihat dirinya sendiri,” kata Joe Biden.



Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. IPOH – Pasukan Hulu Perak muncul juara Liga Tunas Malaysia kategori B-16 selepas menundukkan pasukan Kinta Selatan 2-0...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Perbicaraan Kes Gangguan Seksual: Hormati Proses Mahkamah, Tidak Menangguk Air Yang Keruh – Idris Ahmad Menteri di Jabatan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KAHERAH: Kementerian Wakaf di Mesir melarang semua masjid di negara ini melakukan solat jenazah ghaib ke atas jenazah...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Menerima pujian ramai apabila dilihat mula berniqab, pelakon Aprena Manrose tampil membuat pencerahan dirinya belum...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications