Hi, what are you looking for?

Lifestyle

Simbol Ikonik Di Borneo, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Orang Utan Untuk Anda


Orang Utan hanya boleh ditemui di Sumatera dan Borneo sahaja.

Simbol Ikonik Di Borneo, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Orang Utan Untuk Anda. Orang utan adalah mamalia primat yang paling dikenali di dunia. Dengan tangan yang panjang dan berbulu merah, mereka adalah simbol ikonik hutan tropika Borneo.

Berikut adalah 5 fakta, menarik yang anda perlu tahu tentang Orang Utan di Borneo ini.

Simbol Ikonik Di Borneo, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Orang Utan Untuk Anda
Simbol Ikonik Di Borneo, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Orang Utan Untuk Anda. Kredit gambar: I Love Borneo

1. Tergolong dalam spesis haiwan terancam di seluruh dunia

Populasi orang utan di Borneo telah merosot lebih daripada 50% sejak 60 tahun yang lalu, disebabkan kehilangan habitat, pemburuan, dan perdagangan haiwan peliharaan secara haram. Menurut Persatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam atau International Union for Conservation of Nature, orang utan Borneo kini diklasifikasikan sebagai haiwan yang sangat terancam, membawa maksud golongan ini amat berisiko tinggi untuk pupus.

Simbol Ikonik Di Borneo, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Orang Utan Untuk Anda
Kredit gambar: Berita Harian

2. Kehilangan habitat atau tempat tinggal orang utan

Penebangan hutan adalah ancaman terbesar kepada orang utan di Borneo. Saban tahun, kawasan hutan hujan tropika yang luas telah ditebang untuk memberi laluan kepada ladang kelapa sawit dan lain-lain bentuk pertanian serta pembangunan. Hal ini telah memusnahkan habitat semula jadi Orang Utan dan menyebabkan mereka kekurangan makanan serta hilang habitat tempat tinggal.

Simbol Ikonik Di Borneo, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Orang Utan Untuk Anda
Kredit gambar: I Love Borneo

3. Orang utan memainkan peranan penting dalam ekosistem

Orang Utan dikenali sebagai “Tukang Kebun Hutan” kerana mereka memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan biodiversiti habitat mereka. Mereka adalah haiwan pemakan buah terbesar di Borneo yang telah menyebarkan biji buah dimakan mereka ke seluruh hutan. Ini membantu pemuliharaan semula hutan dan memastikan kemandirian banyak spesis tumbuhan. Tanpa orang utan, ekosistem hutan boleh terjejas

Simbol Ikonik Di Borneo, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Orang Utan Untuk Anda
Gambar sekadar hiasan

4. Orang Utan merupakan haiwan yang sangat bijak

Orang utan adalah antara mamalia paling pintar di dunia, dengan keupayaan kognitif yang menyaingi Cimpanzi dan Gorila. Mereka tahu cara untuk menggunakan alat seperti kayu, untuk mengeluarkan serangga daripada kulit pokok, dan untuk membina sarang daripada daun dan dahan untuk tidur pada waktu malam.

Simbol Ikonik Di Borneo, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Orang Utan Untuk Anda
Kredit gambar: National Geographic for Kids

5. Orang Utan mempunyai cara berkomunikasi yang unik

Orang Utan mempunyai sistem komunikasi yang kompleks di mana ia merangkumi pelbagai vokalisasi, ekspresi muka dan bahasa badan. Mereka juga menggunakan panggilan jarak jauh, yang boleh didengari sehingga 1.6 km jauhnya untuk berkomunikasi dengan Orang Utan lain dan bagi menanda kawasan atau wilayah mereka.

Orang Utan adalah haiwan yang amat luar biasa dan unik. Oleh itu, ia adalah penting untuk kita semua meningkatkan lagi kesedaran tentang Orang Utan bagi memastikan spesis ini terus hidup dan kekal dalam keseimbangan alam untuk generasi akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lagi artikel mengenai Orang Utan yang anda boleh baca di sini:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Hannah Yeoh Jumpa Zii Jia Minggu Depan KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications