Hi, what are you looking for?

Mamak News

Singapura tarik balik dua lagi aiskrim Haagen-Dazs


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) memaklumkan, dua produk aiskrim popular, Haagen-Dazs, ditarik semula daripada pasaran selepas ia dikesan mengandungi racun perosak.

Sebelum ini, dua produk ais krim Haagen-Dazs ditarik semula bulan lalu berikutan dikesan mengandungi racun perosak sama, etilena oksida.

Produk terkini yang ditarik semula adalah perisa aiskrim Belgian Chocolate bersaiz 100 mililiter (ml) dengan tarikh luput 8 Jun 2023, serta aiskrim Cookies & Cream bersaiz 473ml dengan tarikh luput 27 Mei 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Produk yang ditarik semula bulan lalu membabitkan dua aiskrim vanila Haagen-Dazs jenis pain dan Classic Collection Mini Cups, dengan tarikh luput antara 4 Julai 2022 dan 21 Julai 2023.

Semua produk yang ditarik semula daripada pasaran itu adalah diimport dari Perancis.

Produk terkini ditarik semula selepas Sistem Amaran Pantas Makanan milik Suruhanjaya Amaran Makanan Eropah, mengeluarkan notifikasi tarik semula bagi kedua-dua perisa itu selepas mengesan kewujudan etilena oksida.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Etilena oksida tidak diluluskan untuk kegunaan dalam makanan.

Menurut SFA, meskipun tiada risiko segera akibat pengambilan makanan yang tercemar dengan kadar etilena oksida yang rendah, pendedahan jangka panjang mungkin menyebabkan masalah kesihatan.

“Sehubungan itu, pendedahan pada bahan ini perlu diminimumkan sebanyak mungkin,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut laporan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (AS), manusia yang terdedah pada etilena oksida untuk jangka panjang berisiko mengalami kerengsaan pada mata, kulit, hidung, tekak dan paru-paru, serta merosakkan otak dan sistem saraf, selain meningkatkan risiko kanser.

SFA menasihatkan pengguna yang sudah membeli produk terkesan itu untuk mendapatkan rawatan perubatan jika sudah memakan produk itu dan bimbang dengan keadaan kesihatan.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA TINGGI – Seorang kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah Toyota Hilux dengan Perodua Myvi berhampiran Lembaga...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) dijangka memulakan operasi mulai September ini selepas mendapat kelulusan daripada...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Polis menjalankan siasatan berhubung kes penderaan kanak-kanak di sebuah tadika di Taman Megah, Kepong di...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Skuad hi lelaki negara mencipta kejutan sensasi apabila mengecewakan Iran untuk muncul juara Piala Hi...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications