Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

SIPMA medan lahirkan atlet bertaraf kebangsaan, antarabangsa 


TANJUNG MALIM – Sebanyak 285 pingat emas, perak dan gangsa  menjadi rebutan atlet yang menyertai Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA 9 ) yang berlangsung di Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikukum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Zainuren Mohd. Nor ketika merasmikan Perkampungan SIPMA 9 di Dewan Kolej Harun Aminurrashid semalam berkata, sebanyak lapan majlis sukan institusi pendidikan menyertai kejohanan  yang berlangsung hari ini hingga 16 September.

Beliau berkata, SIPMA 9 menyaksikan penyertaan lapan majlis sukan di bawah KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (MSIPGM), Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Majlis Sukan Sekolah- sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Institusi Pengajian Tinggi Swasta Malaysia( MASISWA), Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM), Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM), Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM) serta Majlis Sukan Kolej Vokasional Malaysia (MASKoV).

Advertisement. Scroll to continue reading.

SIPMA 9 anjuran Majlis Institut Pendidikan Guru Malaysia itu mempertandingkan sebanyak lapan acara iaitu olahraga, bola sepak, bola jaring, bola tampar, renang, tenpin boling, hoki dan badminton.

Zainuren tengah bergambar bersama para peserta yang akan bersaing dalam SIPMA 9 di Dewan Kolej Harun Aminurrashid Kampus Sultan Azlan Shah semalam

Beliau berkata, SIPMA membuka peluang bagi pelajar institusi pendidikan Malaysia membabitkan diri dengan lebih kompetitif dalam konteks pembudayaan sukan dalam kalangan pelajar.

Menurut Zainuren, SIPMA yang diadakan dua tahun sekali  juga menjadi landasan kepada atlet bertanding peringkat lebih tinggi sama ada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, sekali gus mengangkat kecemerlangan sukan negara.

“KPM berperanan memastikan pelajar bergiat aktif dalam sukan tanpa mengabaikan pembangunan akademik selaras dengan Dasar Sukan Negara yang menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin melahirkan pelajar seimbang dan harmoni dari segi intelek, semangat, emosi dan jasmani,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zainuren berkata, sejak SIPMA diadakan sebagai kejohanan sukan bertaraf kebangsaan telah berjaya melahirkan 61 atlet yang mewakili  negara bertaraf Olimpian, sekali gus selaras aspirasi negara.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Norkhalid Salimin; Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat Hal Ehwal Pelajar IPGM, Dr. Ts. Shamsul Saniron serta Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Prof. Madya Dr. Mohd. Izwan Shahril.

Majlis perasmian diserikan dengan persembahan nyanyian oleh band dari Institut Pendidikan Guru Ipoh berjudul ‘Rajawali Terbang Tinggi’,  ‘Melompat Lebih Tinggi’. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications