Hi, what are you looking for?

Sukan

Sirkit pertama berakhir, Selangor TOT United kuasai kedudukan


Selangor TOT United menguasai kedudukan pasa Sirkit 1 LPFK.

Oleh: JJFIRDAUS

SIRKIT pertama Liga Premier Futsal Kebangsaan (LPFK) berakhir semalam (Ahad) selepas tiga hari berlangsung yang menyaksikan adegan-adegan menarik daripada 15 pasukan yang menyertainya.

Pada aksi 4 perlawanan terakhir sirkit pertama, Selangor MAC berjaya kembali di landasan kemenangan apabila berjaya membelasah Kuala Lumpur 7-3 dalam aksi di Kompleks Sukan Negara, Panasonic Shah Alam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam aksi kedua pula, satu lagi wakil Selangor, Selangor TOT United berjaya menewaskan PDRM 2-1 untuk kemenangan kedua mereka dan mengumpul enam mata maksimum.

PDRM gagal mengekalkan momentum kemenangan pada Jumaat terpaksa akur dengan kehebatan Selangor TOT yang mendahului 2-0 pada babak pertama sebelum berjaya menjaringkan gol saguhati pada minit ke-34.

Pasukan Perak

Manakala aksi sengit berlangsung di antara Shah Alam City dan Kuala Lumpur City sebelum Shah Alam City meraih kemenangan 1-0 apabila berjaya menjaringkan gol tunggal ketika perlawanan berbaki empat minit.

Kuala Lumpur City yang bangkit bergaya selepas ketinggalan kepada Terengganu pada perlawanan pertama gagal menembusi gawang Shah Alam City dan akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan pertama musim ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam aksi sebelah malam pula, 10 gol terhasil apabila skuad KPT-PST Mustangs mengikat Perak dengan keputusan 5-5. Dua gol pada minit-minit akhir perlawanan berjaya membantu Perak bangkit mengikat kedudukan.

Sementara itu, Selangor TOT kini menerajui carta liga dengan enam mata diekori TRW Kelantan dengan empat mata manakala ATM, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menduduki tiga tempat terakhir tanpa sebarang mata.

Sirkit 2 akan berlangsung hujung minggu hadapan pada 21, 22 dan 23 Januari 2022 juga di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam dengan 12 lagi perlawanan bakal disajikan kepada peminat futsal tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 MANILA: Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular dalam media sosial, mendorong sebuah badan kerajaan mengeluarkan amaran...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – “Daddy mana, bila daddy balik”. Demikian soal anak-anak pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kelainan upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari...

Sukan

0 LONDON – Tottenham Hotspur mengharapkan kemenangan ke atas Leeds United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Elland Road malam ini bagi mencerahkan...

Mamak News

0 KUALA NERUS – Kewujudan banyak hospital pakar telah membantu Institut Jantung Negara (IJN) mengurangkan waktu menunggu bagi pesakit yang ingin mendapatkan rawatan pembedahan....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications