Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Siti Mastura dirakam keterangan Isnin ini


PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil keterangan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr. Siti Mastura Muhammad yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, minggu depan.

Dijangka proses merakam keterangan ke atas Siti Mastura akan berlangsung Isnin ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, setakat ini pihaknya menerima empat laporan polis berhubung isu berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman.

“Keterangan Dr. Siti Mastura akan diambil pada 13 November 2023 (Isnin),” katanya kepada media hari ini.

Jelas Shuhaily, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular rakaman video di sebuah majlis di Kemaman, Terengganu berdurasi 46 minit 51 saat itu apabila Siti Mastura mendakwa Kit Siang yang juga bapa Guan Eng, adalah sepupu kepada ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Selain itu, Siti Mastura turut mendakwa bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew adalah sepupu Kit Siang selain mengaitkan isteri Guan Eng dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Beliau turut mendakwa pemimpin DAP termasuk Setiausaha Agung DAP dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Bruas, Ngeh Koo Ham dan Teresa mempunyai hubungan kekeluargaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, pihaknya melalui peguamnya sudah memulakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen daripada Pas itu selepas tempoh 48 jam yang diberikan tamat bagi membuktikan dakwaannya.- KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Kali terakhir dilihat di Sungai Maong, Kuching Pemilik Dakwa Boleh Bergerak Laju, Kura-Kura Gergasi Melarikan Diri Di Kuching. Individu ini muat naik iklan...

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications