Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Siti Nurhaliza sahut pelawaan Mahalini


PETALING JAYA – Seperti cinta berbalas, penghibur tersohor tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza berbesar hati menerima pelawaan penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini yang menyuarakan hasrat mahu berduet bersamanya pada masa akan datang.

Siti atau nama penuhnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 45, berkata pelawaan tersebut merupakan antara berita gembira yang diterima usai mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.

“Masya-Allah, dapat khabar indah selepas pulang dari menunaikan ibadah umrah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sudah pasti kita boleh berkolaborasi sama ya Mahalini,” katanya dalam InstaStory hari ini.

| Kampungmamakcom
TANGKAP layar balasan Siti terhadap hasrat Mahalini yang disiarkan menerusi HIBGLAM

Siti bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai kerjasama yang akan dijalinkan antara mereka berdua kelak.

Sebelum ini, Mahalini yang popular menerusi lagu Sisa Rasa itu memasang impian untuk bekerjasama dan mahu mencipta lagu untuk Siti Nurhaliza.

Dia bagaimanapun tidak meletakkan sebarang harapan tinggi mengenai perkara tersebut memandangkan Siti merupakan seorang penyanyi ternama dan turut popular di Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement