Hi, what are you looking for?

Hiburan

Siti Nurhaliza, Sitizone saling menghargai


SEJAK ditubuhkan 19 tahun lalu, kelab peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Sitizone tidak pernah terlepas meraikan para peminat yang selama ini menjadi penyokong tegar serta tulang belakang kepada penghibur kesayangan ramai itu.

Komitmen setiap ahli Sitizone sendiri cukup luar biasa apabila sentiasa memberi sokongan penuh terhadap apa jua aktiviti yang dianjurkan.

Tidak berlebihan jika dikatakan Sitizone menjadi kelab penyokong artis paling berpengaruh dan kukuh di Malaysia selepas 19 tahun ditubuhkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 21 Januari lalu, bersempena usia penubuhan kelab Sitizone yang ke-19 tahun, sebuah majlis meraikan peminat, ahli kelab serta sambutan ulang tahun kelahiran Siti yang ke-44 diadakan di Magica Banquet Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Majlis yang berlangsung dalam suasana cukup meriah bertemakan Summer Hawaiian tersebut dihadiri 400 orang ahli Sitizone termasuk peminat yang datang dari negara jiran seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.

ANTARA wajah-wajah ceria ahli kelab dan tulang belakang Sitizone ketika bergambar bersama penyanyi kesayangan mereka.

Mengangkat cogan kata Hebat. Setia. Ceria, majlis ternyata memberi kepuasan kepada ahli Sitizone yang hadir dan melaram mengikut tema.

Siti yang ditemui selepas majlis pastinya gembira dapat berkumpul dengan peminat tersayang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya rasa seronok apabila dapat memanfaatkan masa dengan peminat-peminat yang datang dari dalam dan luar negara. Rasa terharu.

“Meskipun ini acara tahunan, tetapi setiap tahun akan ada tema berbeza dan kenangan tersendiri. Terima kasih kepada semua yang telah berusaha menjayakan majlis ini,” katanya.

Dengan menamakan lokasi majlis sebagai ‘Pulau Sitizoner’, peminat diraikan dengan pelbagai aktiviti bagi menyahut cabaran tugasan untuk bertemu ‘Ratu Pulau’, iaitu Siti sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gelak tawa memecah ruang dewan majlis dengan telatah peminat sepanjang permainan, termasuk menjawab soalan berkaitan penyanyi yang mesra disapa Tokti itu.

Suasana dewan yang sebelumnya riuh tiba-tiba sepi ketika Siti mendendangkan sebuah lagu berjudul Kamu dan Kenangan nyanyian asal penyanyi Maudy Ayunda.

Lagu penuh syahdu dan bermakna itu dinyanyikan Siti ketika segmen tribute mengenang ahli Sitizone yang telah pergi buat selama-lamanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
SITI turut ditemani buah hati tersayang, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

Diselubungi sebak, Siti cuba mengelak daripada memandang skrin yang menayangkan wajah-wajah peminat yang telah ‘pergi’.

“Ahli Sitizone yang pernah bersama-sama saya dan telah pergi meninggalkan kami semua. Kami mengenang mereka dengan penuh kasih sayang.

“Biar susah dan senang, kami tetap bersama-sama. Video itu saya dedikasikan buat keluarga Sitizone yang telah pergi,” katanya.

Bukan Siti sahaja menahan sebak, malah terdapat juga segelintir ahli Sitizone yang hadir turut menitiskan air mata, mengenang rakan-rakan mereka yang dianggap seperti keluarga telah pulang bertemu Pencipta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai tanda penghargaan, sebelum majlis berakhir, Siti sempat mendendangkan beberapa buah lagu antaranya Biarlah Rahsia, Siapa Tak Mahu dan Ya Maulai sebagai hadiah untuk peminat kesayangannya.

Meniti usia 44 tahun, Siti bersyukur masih disayangi peminat dan diterima dalam industri selepas 25 tahun bergelar anak seni.

Berpegang dengan ungkapan lamanya, tanpa ahli Sitizone, tidak mungkin dirinya berada di tapak yang kukuh seperti hari ini, Siti masih begitu.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Sukan

0 VALLETTA (MALTA) – ­Pres­tasi semasa Mateo Retegui mengukuh­kan lagi pendirian pengendali Itali, Roberto Mancini yang bersedia untuk beri peluang kepada mana-mana pemain dua...

Mamak News

0 BATU PAHAT – Taktik menjadikan kereta sebagai stor menyimpan dadah akhirnya berjaya dihidu polis selepas seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan di Pekan...

Mamak News

0 JAKARTA: Kementerian Kesihatan meminta orang ramai tidak membuat pembelian panik larutan air garam (ORS) yang tular di media sosial kerana dikatakan berkesan menahan...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pendedahan aktres Diana Danielle tentang anak keduanya, Nur Aurora trauma ketika mengulas dakwaan suaminya, Farid Kamil tidak dibenarkan berjumpa dengan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications