Hi, what are you looking for?

Mamak News

Skrip & Mesej Hampir Sama, Ada ‘Pihak’ Memperalat Anak Muda?


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Trend menjadikan isu perkauman sebagai topik di TikTok oleh anak-anak muda ketika ini dilihat sangat membimbangkan.

Menyedihkan juga apabila melihat trend ini semakin tersebar luas sehingga dikhuatiri mampu menggugat perpaduan kaum di negara kita.

Kenapakah perkara ini berlaku? Benarkah anak-anak muda ini sebenarnya dipengaruhi oleh ‘pihak’ tertentu? Apakah yang boleh dilakukan oleh orang ramai bagi mengekang gejala tidak sihat ini?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang pengguna Facebook, Inche Faris telah berkongsi penulisannya berikut yang sangat wajar dijadikan renungan bersama rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda ketika ini. Jom baca!

TikTok

Trend TikTok 13 Mei

———

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seperti ramai yang sudah maklum, trend di TikTok anak-anak muda Malaysia sekarang amat menggusarkan. Ramai yang sudah mula membuat video tentang Rusuhan 13 Mei 1963 dengan tujuan untuk menyemarakkan api perkauman dan menakut-menakutkan orang ramai.

Seperti wabak, trend ini berpindah dari satu akaun ke satu akaun yang lain dan yang paling merisaukan adalah akaun-akaun tersebut berjaya menarik perhatian ribuan hingga puluh ribu penonton yang juga ramainya terdiri dalam kalangan anak muda.

Topik Rusuhan 13 Mei ini bukanlah topik yang main-main dan jelas, sesiapa yang memberi nafas untuk menghidupkan topik ini semula tentunya mempunyai objektif dan niat yang sangat jahat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika kita perhatikan, kebanyakkan dari video ini (rasanya hampir semua) mempunyai skrip dan mesej yang 90% sama. Jelas menunjukkan adanya sesuatu ‘pihak’ yang menyusun strategi dan ‘kempen’ ini untuk menakut-nakutkan orang ramai dengan menggunakan anak muda sebagai alat utama. Boleh jadi ada jumlah bayaran tertentu yang dilaburkan untuk menjayakan trend ini.

Kita risau tentang keadaan dan masa depan anak-anak ini. Kadang mereka hanya menerima cerita-cerita yang tidak berasas ditambah pula dengan tiada keupayaan untuk menapis dan mengkaji cerita-cerita tersebut.

Dengan rasa semangat perkauman yang membara dalam diri, siap ada yang tunjuk gambar parang sebagai simbol ‘bersedia untuk berperang’ dengan kaum-kaum tertentu. Ini adalah kecenderungan yang besar kepada ekstrimisme dan racism yang tidak mampu bawa manfaat apa pun kepada pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apabila berkembangnya teknologi dengan pesat hingga kita pun tidak terkejar, maka inilah antara kesan buruk yang kita perlu hadapi. Terlalu banyak maklumat dan kita pula tidak bersedia untuk menjadi warga net yang tenang dan sabar dahulu sebelum menyebarkan apa-apa info atau maklumat ke pentas publik. Usah dikatakan anak muda sahaja, makcik dan pakcik yang percaya dan forward mesej-mesej tidak berasas di WhatsApp juga termasuk dalam golongan ini.

But on the other side, kita boleh manfaatkan perkembangan teknologi ini untuk counter semula mesej-mesej liar dan tidak berasas yang tersebar. Anak-anak muda yang terikut-ikut dengan trend ini memberikan ruang dan peluang untuk kita menyediakan pendidikan sejarah dan politik yang berasas agar mereka dapat memahami dan menganalisis sesuatu isu/mesej dengan ‘basirah’ yang jelas.

Pihak PDRM juga telah mengeluarkan kenyataan dan amaran kepada mereka yang terlibat dalam trend ini agar tidak menimbulkan situasi mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Rasanya ramai yang sudah mula turunkan semula video-video mereka di TikTok – but the damage has been done, right? Kita khawatir ramai yang sudah termakan dengan bibit-bibit perkauman tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kepada mereka yang menjadi punca kepada bermulanya trend 13 Mei ini di TikTok, kalian telah melakukan dosa perkauman yang amat dahsyat. Semoga Allah memberikan balasan yang setimpal dengan apa yang kalian lakukan.

BACA: ‘Generasi Apa Yang Kau Bangunkan Ni?’ – Netizen Selar Tindakan Guru Tadika Jadikan Murid Konten TikTok

Sumber: Inche Faris

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Piala Dunia 2022 Di Qatar Pengadil Banyak Memberi Masa Tambahan Untuk Perlawanan Edisi Piala Dunia kali ini banyak...

Mamak News

3s Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Tindakan seorang pengguna TikT yang mendakwa usahawan penuh kontroversi, Sajat Kamaruzzaman berada di Malaysia gara-gara...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ANAK-anak pelakon, Anzalna Nasir memang comel ditambah dengan kulit gebu serta telatah comelnya seperti dirakamkan bonda tercinta. Terbaharu...

Mamak News

18s Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Rumit Sebab Ada Pihak Dari Awal Buat Pakatan Sulit Sejak Sebelum PRU Lagi, Dakwa Annuar Bekas Ahli Parlimen...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications