Hi, what are you looking for?

Sukan

Skuad B-23 jadi taruhan ‘ibu segala emas’, FAM tak hantar pasukan bola sepak wanita


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

SKUAD Bawah 23 Tahun (B-23) Kebangsaan sekali lagi menjadi taruhan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam memburu ‘ibu segala pingat’ pada temasya Sukan SEA Hanoi yang dijadualkan berlangsung 12 hingga 23 Mei ini.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, tidak timbul sebarang isu berhubung keputusan menghantar skuad bimbingan Ketua Jurulatih Brad Maloney biarpun mereka mempunyai jadual kejohanan yang padat dengan penganjuran temasya dwitahuan itu.

Jelasnya, barisan kejurulatihan kebangsaan telah berbincang dan mengenalpasti pemain-pemain yang akan dipilih bagi menggalas cabaran negara tanpa merencatkan persiapan pasukan menghadapi Kejuaraan Piala Asia B-23 di Uzbekistan yang dijadualkan Jun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perbincangan tersebut melibatkan Maloney, Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon dan juga Pengarah Teknikal Scott O’Donell.

“Setakat ini tiada sebarang masalah, ketiga-tiga individu itu dapat bekerjasama dan saling memahami kehendak pasukan masing-masing,” ujarnya kepada Bernama.

Dalam pada itu Mohd Saifuddin memberitahu, skuad B-23 diletakkan di bawah Kategori B bersama- sama pasukan futsal lelaki dan wanita manakala eRimau yang merupakan pasukan e-sukan negara akan bertanding atas tiket Kategori A pada temasya tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu,  Mohd Saifuddin memberitahu FAM tidak menghantar penyertaan dalam acara bola sepak wanita dan tidak menyatakan sebab berbuat demikian.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ATHENS: Polis di Greece menyelamatkan 38 pendatang warga Syria yang terkandas selama beberapa hari di sebuah pulau kecil...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bersidang terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan boleh diambil berhubung dakwaan ajaran sesat...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JOHOR BAHRU – Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom sasar untuk layak ke final acara keirin...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PONTIAN – Seorang lelaki warga emas mengalami kerugian RM96,000 apabila termakan janji manis teman wanita yang dikenali sejak...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications