Hi, what are you looking for?

Sukan

Skuad B23 ganti Harimau Malaya uji taring


SKUAD bimbingan Brad Maloney berpeluang mengasah taring menjelang perlawanan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean 2022 (AFF) B-23 di Kemboja, Februari depan apabila diberi peluang menggantikan Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan antarabangsa bulan ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, ketika ini pihaknya berdepan kekangan untuk menghantar skuad senior mengisi slot berdasarkan kalendar Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 24 Jan hingga 1 Februari.

“Ini susulan faktor ketiadaan jurulatih selain pasukan tempatan yang dilihat giat menjalankan persediaan pra musim Liga Malaysia (Liga-M) 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pasukan B-23 yang membuat persiapan bagi hadapi Piala AFF 2022 B-23 di Kemboja, Febuari depan akan gunakan Kalendar FIFA kali ini (24 Jan-1 Feb).

“Kita telah tulis surat ke beberapa negara untuk dapatkan perlawanan persahabatan antarabangsa bersama pasukan B-23 mereka ataupun kelab,” katanya pada sidang media ketika Taklimat Pasukan Piala Presiden dan Piala Belia 2022 hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden FAM Mohd Firdaus Mohamed.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin menjelaskan tiada wakil FAM  akan terlibat dalam Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya bagi menyiasat laporan prestasi pasukan kebangsaan pada Piala AFF 2020 di Singapura baru-baru ini.

Katanya, badan siasatan diketuai oleh bekas pemain kebangsaan dan mantan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akbar Khan juga bebas mengadakan mesyuarat sebanyak mana yang mereka mahukan dalam menyiasat kegagalan di Singapura.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / KHAIRUL AKMA / CakapSukan.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Mamak News

0 PASIR PUTEH – Kegembiraan seorang remaja yang mandi bersama empat rakannya di air terjun Jeram Linang di sini bertukar tragedi apabila dia tergelincir...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications