Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Skuad Harimau Muda Tempah Slot Ke Final Piala Merlion


Skuad Harimau Muda Tempah Slot Ke Final Piala Merlion

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) negara layak ke pentas akhir Piala Merlion 2023 selepas membenam skuad B-22 Kemboja, 4-2, dalam aksi separuh akhir, petang tadi.

Pada perlawanan berlangsung di Stadium Jalan Besar di Singapura itu, skuad Harimau Muda kendalian E. Elavarasan tidak berdepan masalah mencetak gol pendahuluan menerusi jaringan Haqimi Azim Rosli pada minit ke-13.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berbekalkan momentum sedia ada, corak permainan skuad negara tampak semakin kemas sebelum satu lagi jaringan dihasilkan pada minit ke-30 menerusi V. Ruventhiran.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

Tersentak dengan penguasaan skuad negara, Kemboja kembali mencari rentak untuk merapatkan kedudukan menerusi jaringan Lim Pisoth selang enam minit kemudian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bersambung babak kedua, kealpaan barisan pertahanan negara sekali lagi membuka peluang buat skuad kendalian Ryu Hirose untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Sieng Chanthea pada minit ke-50.

Tidak goyah dengan keadaan itu, skuad Harimau Muda kembali mengatur gerakan yang kemudian berhasil diterjemahkan dengan gol ketiga menerusi Fergus Tierney pada minit ke-62.

Jaringan Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal pada minit ke-73 ternyata mematahkan usaha Kemboja untuk bangkit semula sehingga wisel penamat ditiupkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Skuad Harimau Muda dijadual bertemu antara skuad B-22 Singapura atau B-22 Hong Kong di perlawanan akhir, Ahad ini.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement