Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

‘Sleepy Chicken’ – Masak Ayam Pakai Ubat Batuk, Cabaran Lentok Terbaharu Di TikTok


Selepas ‘Cabaran Benadryl’ pada September 2020 yang menyaksikan seorang maut dan ramai lagi remaja di Amerika Syarikat menjadi ‘lalok’ kerana mengambil ubat alahan secara berlebihan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital, timbul pula cabaran gila terbaharu di TikTok.

Kali ini ubat batuk pula yang digunakan sebagai ‘ramuan lentok istimewa’ dalam masakan hidangan ayam yang dikenali sebagai ‘Cabaran Sleepy Chicken’.

Dalam laporan berita yang dikeluarkan di portal astro AWANI, Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran bahawa memasak ayam dalam ubat batuk seperti itu bukan sahaja menjadikan hidangan tersebut tidak menyelerakan tetapi juga boleh menjadi sangat berbahaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Sleepy Chicken Tiktok

Ini susulan beberapa video ‘Cabaran Sleepy Chicken’ yang tular di TikTok yang mengajak orang ramai untuk memasak ayam dalam ubat batuk NyQuil, yang mengandungi acetaminophen, dextromethorphan dan doxylamine, serta beberapa jenis ubat batuk lain.

Amaran tersebut juga mendakwa ubat yang dididihkan itu juga boleh menjadikannya lebih pekat dan mengubah sifatnya.

“Walaupun anda tidak makan ayam, menyedut wap ubat semasa memasak boleh menyebabkan tahap ubat yang tinggi memasuki badan anda, dan boleh membahayakan paru-paru,” jelas amaran FDA itu lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada lagi laporan mengenai mana-mana remaja mahupun cef selebriti di Malaysia yang mencuba resipi baharu masak ayam pakai ubat batuk ini.

BACA: Netizen Tak Keruan Lihat TikToker Ini Masak Pasta Guna Straw Boleh Makan Bersama Aiskrim

Sumber: astro AWANI

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Seperti dijangka, skuad badminton lelaki negara tidak berdepan sebarang masalah untuk menewaskan Brunei 5-0 bagi meraih kemenangan pertama pada Kejohanan...

Hiburan

0 PETALING JAYA — Kecacatan kekal, hilang jari kelingking akibat kecuaian sendiri semasa memotong ayam membuatkan pelakon senior Shahronizam Noor hidup dalam trauma, selain...

Sukan

3s KUALA LUMPUR – Juara empat kali Piala Asia, Jepun menepati ramalan apabila mudah mengatasi Bahrain 3-1 pada aksi pusingan 16 di Stadium Al...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pengacara juga pelakon popular, Zulin Aziz tampil mempertahankan segelintir golongan wanita yang dikecam hanya kerana tidak tahu menyiang ikan. Perkara...

Advertisement