Hi, what are you looking for?

Tempatan

SMK Balai Ringin Terbakar, KPM Ambil Tindakan Segera


KUCHING, 8 Jan (Bernama) — Sebuah blok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Ringin di Serian, yang terletak kira-kira 90 kilometer dari bandar raya Kuching musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam kenyataan di sini hari ini, anggota dikerahkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 3.04 pagi.

“Kebakaran melibatkan blok pentadbiran yang menempatkan bilik guru di tingkat atas bangunan yang musnah 100 peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Menurut pengawal keselamatan sekolah, ada bunyi letupan dari sebelah hujung bahagian kanan atas bangunan tersebut pada awal kejadian…kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi perkongsian dalam Facebook miliknya berkata, kementerian akan mendapatkan maklumat lengkap mengenai kerosakan dan mengambil tindakan susulan dengan segera.

“Saya sendiri pernah melawat ke sekolah ini ketika kunjungan ke Sri Aman tahun lepas. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami akan ikhtiarkan yang terbaik untuk warga SMK Balai Ringin,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Travel

0 Langkawi antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai, malah pulau bebas cukai itu juga mempunyai banyak tarikan lain untuk dilawati. Nak cari penginapan...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Mamak News

0 Batal Atau Tak Kunyah Gula-Gula Getah Ketika Berpuasa? Ini Jawapan Mufti Di bulan Ramadan ini, pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah nafas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications