Hi, what are you looking for?

Mamak News

‘SMS TAC’ Dah Tak Selamat, Pelanggan Maybank Dinasihatkan Beralih Ke ‘Secure2U’


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Kaedah kod kebenaran transaksi (TAC) yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kebelakangan ini kerap dilaporkan menjadi sasaran sindiket penipuan.

Oleh yang demikian, fungsi Secure2u yang tersedia menerusi aplikasi MAE dikatakan lebih baik kerana ianya berupaya menghubungkan peranti pengguna kepada akaun Maybank dan membolehkan pengesahan transaksi dibuat terus melalui peranti yang berdaftar sahaja.

Bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai, Najmi Zabidi telah membuat hantaran bermanfaat berikut di Facebooknya yang menerangkan secara ringkas kenapa Secure2U lebih selamat dari ancaman ‘scammer’ buat masa ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

SMS TAC Maybank MAE Secure2U

Tengok artikel Maybank akan guna MAE saja untuk hantar notifikasi perbankan, jadi pengguna M2U MY app pun kena guna Secure2U pada MAE.

Tapi biasala, ada pengguna tak faham, mereka kata MAE tak secure, pada anggapan mereka, One Time Password (OTP) SMS tu lagi secure.

Ni salah faham, sebab ada malware/perisian hasad yang boleh pintas SMS-based OTP dan kita tak perasan OTP dah sampai, tapi sebab phone mungkin dah kena “tapau” jadi kita rasa OTP tu tak dihantar oleh bank.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Secure2U MAE tu, dia guna device-based authentication, jadi orang yang ada peranti yang berdaftar dan disahkan (biasanya nak sahkan tu guna SMS-based OTP juga untuk kali pertama) saja yang boleh sahkan sesuatu transaksi tu, jadi dah boleh eliminate SMS-based OTP punya kelemahan jika mereka terinstall malware yang boleh intercept OTP tu..

Dalam sekuriti ni, ada

What you have

Advertisement. Scroll to continue reading.

What you know

What you are

Untuk MAE Secure2U ni, dia kemungkinan gabungan What You Are (cap jari bila guna biometrik pada phone), What You Know (password untuk Maybank) dan What You Have (peranti smartphone tu).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kalo SMS-based, What You Have to dah masuk grey area, sebab attacker bila dah intercept mesej tu, What You Have dah tak relevant lagi. What You Are pun tak relevant, sebab takde pengesahan guna cap jari.

BACA: Situasi-Situasi Bagaimana ‘Scammer’ Dapat Tahu ‘ID Pengguna’ Dan ‘Kata Laluan’ Anda

Sumber: Najmi Zabidi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

54s Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal. Tak kelakar, kawal dan jaga...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Atlet muda dari Kedah, Aisyahtulfitriah Abdul Mohd.Hasbi, 18, diangkat sebagai wira selepas berjaya membantu squad ragbi wanita negeri...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Ayah Tak Menyesal, Anak Ditemui Mati Selepas ‘Naik Gila’ Cuba Rogol Mak Saudara & Nenek Sendiri Seorang ayah...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Lama mendiamkan diri, pelakon yang juga usahawan cantik Mawar Rashid rupa-rupanya mengalami alahan teruk sehingga...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications