Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Hiburan

Snoop Dogg, Joe Flizzow nyanyi lagu tema JDT


JOHOR BAHRU – Kelab bola sepak gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mencipta fenomena tersendiri apabila menjalin kolaborasi strategik dengan Universal Music Asia Tenggara dan syarikat rakaman Def Jam menerusi penghasilan lagu tema berjudul Pioneers menampilkan penyanyi rap ternama dunia, Snoop Dogg.

Pemilik kelab bola sepak tersebut, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, JDT sentiasa komited untuk memberikan yang terbaik demi kemajuan kelab bola sepak dinaunginya.

“Apabila bercakap tentang kelab JDT, saya dah cakap berulang kali, ini bukan hanya sebuah kelab bola sepak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“JDT merupakan satu empayar. Saya tidak hanya cipta sebuah kelab bola sepak yang biasa-biasa tetapi mempunyai aspirasi dikenali di peringkat antarabangsa.

“Itulah idea penubuhan JDT, sebuah kelab bola sepak yang bagi saya, mempunyai cerita penuh inspirasi,” titah baginda.

TMJ turut memaklumkan, pada awal penubuhan JDT, ramai yang memandang enteng tentang masa depan kelab tersebut yang diramalkan hanya mungkin bertahan untuk beberapa tahun sahaja namun lain dibuktikannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya akan buat tidak kira berapa ramai yang tidak percaya tentang projek kami. Ramai orang meramalkan bahawa kelab ini hanya akan bertahan untuk tempoh dua tahun. Hari ini, kami dah berusia 10 tahun dan kami semakin kuat hari demi hari.

“Bina kelab bola sepak perkara yang paling susah adalah untuk mendapatkan hasilnya. Untuk mendapat hasil dan wujud bersama secara komersial, ia sesuatu yang kita tak boleh jangka kemungkinannya.

“Kadang-kadang saya cubit diri saya sendiri apa yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang nyata. Sekarang dah jadi satu kelab yang hebat dan semakin bergerak ke hadapan, kami akan terus komited memperkenalkan jenama yang dibangunkan ke serata dunia,” jelas TMJ.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pioneers nyanyian Snoop Dogg dan Joe Flizzow, diterbitkan oleh SonaOne sementelah lirik lagu diilhamkan daripada kesungguhan dan kegigihan JDT dalam menetapkan standard baharu bola sepak di Malaysia serta kejayaan yang dicapai sejak 2013.

Rakaman vokal dirakamkan di Los Angeles, Amerika Syarikat dan Kuala Lumpur manakala proses susunan lagu dan adunan muzik dilakukan di Los Angeles.

Video muzik Pioneers yang dilancarkan pada hari ini dilancarkan dalam semua akaun media sosial rasmi JDT dan saluran YouTube JDT TV.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk maklumat lanjut, layari www.johorsoutherntigers.my dan akaun media sosial JDT. – KOSMO! ONLINE

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement