Hi, what are you looking for?

Snoop Dogg 16 Baris

Hiburan

Snoop Dogg Kagum Bakat ‘Indie’ Rappers Malaysia Dalam 16 Baris


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Siapa sangka bahawa selain dapat menarik peminat muzik tersebut di seluruh Malaysia, siri 16 Baris juga telah mendapat perhatian ikon rap terkenal Hollywood iaitu Snoop Dogg.

Rancangan siri 16 Baris yang dikongsikan melalui YouTube sangat terkenal dalam mengetengahkan bakat-bakat muda serta pemuzik ‘underground’ tanah air.

Tidak dapat dinafikan bahawa, siri tersebut turut mempunyai peminatnya yang tersendiri khususnya mereka yang menggemari muzik jenis rap dan hip-hop.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada awal pagi tadi, Snoop Dogg telah berkongsikan satu ‘Story’ melalui akaun Instagram rasmi miliknya.

‘Story’ tersebut memaparkan gambar beliau memuji salah satu video daripada siri 16 Baris yang ditontonnya melalui saluran YouTube.

Snoop Dogg layan 16 Baris

Instagram Story yang dimuat naik oleh penyanyi rap terkenal dunia itu ternyata telah menggembirakan pengasas rancangan tersebut iaitu Joe Flizzow dan Wong Shi Jay, Bunga serta Noki iaitu rapper yang melakukan persembahan dalam episod tersebut.

Menjengah ke akaun Instagram Joe Flizzow, mereka telah berkesempatan untuk mengadakan sesi panggilan Zoom yang berlangsung pada pagi tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak dapat dipastikan apa intipati yang dibincangkan di dalam panggilan Zoom tersebut.

Namun begitu, mungkinkah bakal ada kolaborasi bersama dengan ikon rap terkenal di dunia itu pada masa akan datang?

Peminat-peminat muzik rap dan hip-hop pasti mengharapkan berita gembira hasil daripada panggilan Zoom berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jom kita sama-sama nantikan!

Sumber: snoopdogg/flizzow

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 12 negeri termasuk Sabah...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Filem Spilt Gravy arahan Datuk Zahim Albakri Ikmal mendominasi 14 daripada 26 pencalonan pada Festival...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melarang kelulusan peralatan telekomunikasi baharu daripada Huawei Technologies dan ZTE...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan kepada 4,566 pengundi yang menyongnya pada Pilihan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications