Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Soal Mati Punca Mulan Jameela Tutup Aurat Sempurna, “Kematian Tidak Bisa Dinego..”


Penyanyi Indonesia, Mulan Jameela mendedahkan dirinya sering dihantui hari kematian, hingga membuatkan beliau nekad untuk istiqomah dalam menutup aurat dengan sempurna.

Menerusi satu video @insta_julid, penyanyi lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi itu berkongsi bagaimana perspektif kematian, mengubah pandangannya mengenai kehidupan dan membuat keputusan untuk menjadi lebih baik.

Isteri kepada pemuzik terkenal Ahmad Dhani itu merasakan kematian akan datang pada bila-bila masa dan manusia tidak boleh berunding mengenai perkara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Aku menemukan kejadian yang menurut aku rentetan dari kejadian yang mungkin membuat aku semakin harus yakin bahwa aku harus cepat-cepat berubah,” kata Mulan mengenai perubahan dirinya.

Menekankan mengenai kematian, Mulan berkata perihal itu merupakan perkara yang pasti berlaku ke atas semua makhluk di muka bumi, dan sebagai manusia tidak mempunyai hak untuk menolak perkara yang sudah tertulis.

“Kematian itu…adalah hal yang pasti dan nggak bisa ditolak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Siapa yang bisa nolak mati, kita nggak akan bisa nego. ‘Ya allah aku mau nego, tanggal segini, bulan segini’ Gak bisa nego,” tambah Mulan.

Hal itu membuatkan Mulan berasa sebak dan akhirnya memilih untuk meneruskan perjuangannya sebagai muslimah serta mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.

Tampil lebih sopan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beberapa tahun lepas, Mulan membuat kemunculan yang mengejutkan ramai pihak di mana dia tampil bertudung tanpa diketahui sebab di sebalik perubahannya itu.

Mulan dilihat sangat sopan memakai tudung labuh dan baju yang longgar selain mengenakan sarung tangan serta stokin sehingga penampilannya dipuji ramai.

Dahulu penampilan Mulan sering mencuri perhatian umum, namun kebelakangan ini dia lagi selesa mengenakan jubah apabila tampil di khalayak ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

BACA JUGA: Seluar Terkoyak & Dedahkan Aurat, Boleh Ke Ditutup Dengan Tangan Hingga Selesai solat ? Ini Jawapan Mufti WP

Sumber: insta_julid via Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s LONDON – Pemain tengah Chelsea, Conor Gallagher dianggap sebagai wira apabila meledak dua gol membantu pasukan itu mencatat kemenangan 3-1 ke atas Crystal...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Selepas mengunci mulut berhubung kisah pernikahan senyap-senyap anaknya, Marissa Dania Hakim di Songkla, Thailand, pelakon Abby Abadi tampil menafikan kenyataan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Anak gadis Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim yang didakwa menikahi suami orang di Songkhla, Thailand bertindak menutup...

Sukan

3s PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tidak bimbang dengan prestasi jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang biarpun keadaan kesihatan bekas...

Advertisement