Hi, what are you looking for?

Sukan

Son terlepas enam aksi bersama pasukan


Son mengalami kecederaan ketika aksi menentang Chelsea, baru-baru ini.

TOTTENHAM HOTSPUR bakal kehilangan Son Heung-min sehingga hujung bulan ini selepas mengalami kecederaan otot.

Pemain kelahiran Korea Selatan itu mengalami kecederaan otot ketika Spurs tewas 0-2 kepada Chelsea di Stamford Bridge pada aksi pertama separuh akhir Piala Liga Inggeris dimana Son tampil sebagai pemain utama bermain selama 79 minit sebelum digantikan oleh Giovani Lo Celso.

Pengurus Tottenham, Antonio Conte, meramalkan Son berkemungkinan besar akan terlepas rehat antarabangsa kerana kecederaan yang dialaminya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sehari selepas Son merasakan sedikit sakit pada otot kakinya dan dia menjalani pemeriksaan, kami mendapat keputusan yang betul daripada doktor.

“Dia cedera, saya tidak tahu, tetapi mungkin dia tidak akan berlatih sehingga akhir ini,  sehingga rehat antarabangsa,” kata Conte dipetik dari Independent.

Keadaan ini menyebabkan Son berkemungkinan besar akan terlepas enam perlawanan Tottenham sehingga hujung bulan ini iaitu menentang Morecombe dalam Piala FA, perlawanan kedua menentang Chelsea dalam Piala Liga Inggeris dan tiga perlawanan Liga Perdana menentang Arsenal, Leicester City dan Chelsea.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Son yang berusia 29 tahun telah menjaringkan sembilan gol dan memberikan lima bantuan dalam 25 perlawanan Tottenham dalam semua pertandingan musim ini dan bekas pemain Bayer Leverkusen itu juga sentiasa menjadi pilihan pertama Conte sejak menjadi pengurus Spurs.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Ibu Bapa Kena Tahu, Ini Cara Berkesan Cuci Slime Yang Lekat Pada Pakaian Anak Dulu mungkin kita sudah terbiasa melihat kanak-kanak bermain tanah...

Mamak News

0 AMPANG JAYA – Helah penagih dadah yang menyamar sebagai polis mengundang padah apabila ditahan pegawai keselamatan di sebuah apartmen di Ukay Perdana, di...

Hiburan

0 MENDIANG merupakan antara pemuzik paling berbakat dan berpengaruh pernah dilahirkan di dunia. Kenyataan tersebut adalah satu fakta yang sukar berganjak. Tina Turner. Sepotong...

Mamak News

0 MANILA: Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular dalam media sosial, mendorong sebuah badan kerajaan mengeluarkan amaran...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications