Hi, what are you looking for?

SOP Pulau Langkawi

Travel

SOP Bercuti Ke Pulau Langkawi Diumumkan


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Selepas diumumkan mengenai pembukaan sektor pelancongan di bawah program ‘travel bubble’ oleh Perdana Menteri pada minggu lepas dengan Langkawi sebagai lokasi pertama, hari ini Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) kepada orang ramai.

Pantai Cenang, Langkawi

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata antara SOP berkenaan ialah destinasi itu boleh dikunjungi pelancong domestik dari seluruh negara termasuk yang berada dalam Fasa Satu, Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Antara SOP ditetapkan adalah pembukaan ini terhad kepada pelancong domestik yang lengkap dua dos vaksinasi.

“Selain itu, tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang lengkap divaksinasi,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya lagi, perlindungan insuran dan saringan Covid-19 tidak diwajibkan kepada semua pelancong yang akan mengunjungi pulau itu.

Berikut adalah SOP yang perlu dipatuhi oleh para pengunjung yang ingin melancong ke Langkawi:

1. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi

2. Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC;

Advertisement. Scroll to continue reading.

3. Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut;

4. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis;

5. Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguat kuasa agensi pematuhan SOP;

Advertisement. Scroll to continue reading.
Langkawi Banana Boat

6. Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gimnasium, lounge, dewan, MICE, acara pelancongan dan kebudayaan tertakluk kepada SOP am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP kementerian/ jabatan/ agensi yang berkaitan; aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, pengembaraan ekstrim/ taman semulajadi, ladang, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial; aktiviti pelancongan minat khas (golf, selam skuba, basikal, kapal layar dan sebagainya);

7. Aktiviti Eko Geo-Kembara (memerhati watching, teroka gua, mendaki gunung, white water rafting, hiking, treking hutan, berkhemah dan sebagainya);

8. Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain;

9. Taman tema dan pusat hiburan keluarga; dan

Advertisement. Scroll to continue reading.

10. Lawatan bersifat akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.

Bercadang untuk ke Pulau Langkawi? Cari dan tempah hotel di Agoda:

BACA: Langkawi Dibuka Untuk Pelancongan Bermula 16 September

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. IPOH – Pasukan Hulu Perak muncul juara Liga Tunas Malaysia kategori B-16 selepas menundukkan pasukan Kinta Selatan 2-0...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Perbicaraan Kes Gangguan Seksual: Hormati Proses Mahkamah, Tidak Menangguk Air Yang Keruh – Idris Ahmad Menteri di Jabatan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KAHERAH: Kementerian Wakaf di Mesir melarang semua masjid di negara ini melakukan solat jenazah ghaib ke atas jenazah...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Menerima pujian ramai apabila dilihat mula berniqab, pelakon Aprena Manrose tampil membuat pencerahan dirinya belum...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications