Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Hiburan

Spilt Gravy menang Anugerah Filem Terbaik FFM32


MELAKA – Filem komedi berjudul Spilt Gravy atau Ke Mana Tumpahnya Kuah arahan sutradara Datuk Zahim Albakri Ikmal dinobatkan sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32), sekali gus memenangi Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000.

Filem tersebut menundukkan saingan sengit lain termasuk karya filem paling laris tanah air, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang sebelum ini memungut kutipan pawagam hampir RM100 juta.

Pengarahnya, Zahim menyifatkan kemenangan tersebut sebagai suatu perkara yang tidak dijangka selepas lama ‘menunggu’ untuk ditayangkan kepada umum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih membanggakan, karya berkenaan merupakan filem pertamanya.

“Ini memang filem saya yang pertama. Sebelum ini saya memang orang teater. Saya isi borang sahaja (nak calonkan filem).

“Filem ini pun penggambarannya pada 2011. Kekuatannya daripada skrip asal Allahyarham Jit Murad. Beliau tidak bersama kita sekarang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya mengarah teater sejak 2002 dan perjalanan cerita ini sampai ke sekarang memang lama,” katanya ketika ditemui media di teater terbesar di Asia, Encore Melaka pada acara berprestij tersebut.

Sebelum diterjemah ke layar perak, Spilt Gravy merupakan drama pentas yang pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Pengarah Terbaik, Skrip Asal Terbaik (Allahyarham Jit Murad), Penataan Cahaya Terbaik (Mac Chan) dan Anugerah Pilihan Penonton di Anugerah Seni BOH Cameronian yang pertama pada tahun 2002.

Sementara itu, bagi kategori Pengarah Terbaik, trofi dimenangi Ryon Lee Eng Keong menerusi filem komedi drama, Small Town Heroes sekali gus menundukkan saingan calon lain termasuk Syamsul Yusof.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom
TROFI Pengarah Terbaik dimenangi Ryon Lee untuk filem Small Town Heroes

Bagaimanapun, kekecewaan filem terbitan Kembara Studio Sdn. Bhd. tersebut terubat dengan kemenangan dua pelakonnya iaitu Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy yang masing-masing dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Sementara itu, trofi Pelakon Wanita Terbaik dimenangi Tan Chui Mui yang cemerlang dalam filem Barbarian Invasion sementelah tuah berpihak kepada Juliana Ibrahim (Spilt Gravy) apabila dinamakan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Spilt Gravy turut cemerlang menang kategori Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Harapan Terbaik (Zahim Albakri). Small Town Heroes pula dinamakan Cerita Asal Terbaik.

Anugerah Khas Seniman dan Seniwati Sepanjang Zaman masing-masing diberikan kepada dua figura berpengalaman tanah air iaitu Mat Sentul dan Datuk Sarimah Ahmad atas pencapaian seni luar biasa mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

FFM32 dikendalikan oleh Awal Ashaari dan Che Puan Sarimah Ibrahim.

| Kampungmamakcom
PELAKON Layla Sania memenangi trofi kategori Pelakon Wanita Harapan menerusi filem Small Town Heroes

Acara berprestij tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi popular seperti Datuk Zainal Abidin, Siti Nordiana, Azlan & The Typewriters, Ernie Zakri, Marsha Milan Londoh dan Hazama.

Antara penyampai trofi termasuklah Maya Karin, Nam Ron, Faizal Hussein, Zul Ariffin, Ummi Nazeera, Hairul Azreen, Adrian Teh dan Ashraf Muslim.

Mengangkat tema Filem Kita, Citra Kita, FFM32 menyaksikan persaingan filem ditayangkan antara 15 Julai 2021 hingga 30 September lalu yang layak dipertandingkan dalam 22 kategori kali ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Filem Spilt Gravy mendominasi 14 daripada 22 pencalonan dipertandingkan.

Mengekori rapat filem berkenaan ialah Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang meraih 13 pencalonan, diikuti Juang dan Abang Long Fadil 3 dengan masing-masing 10 pencalonan.

Berikut merupakan senarai pemenang FFM32:

Advertisement. Scroll to continue reading.

1. Anugerah Khas Filem Box Office – Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan

2. Poster Terbaik – Small Town Heroes

3. Kesan Khas Visual Terbaik – Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Advertisement. Scroll to continue reading.

4. Filem Pendek Terbaik – Can You Love Me Most?

5. Tatarias Terbaik – Malya Artwork (Rasuk)

6. Rekaan Busana Terbaik – Rosada Abdul Hamid (Spilt Gravy)

Advertisement. Scroll to continue reading.

7. Penataan Seni Terbaik – Raja Malek & Wong Taysy (Spilt Gravy)

8. Penataan Bunyi Terbaik – Charlene Ong & Chye Leng (Air Force The Movie Selagi Bernyawa)

9. Skor Muzik Asal Terbaik – Tan Yen Hue, Tan Shin Hwa & David Ngam Teck Wai (Small Town Heroes)

Advertisement. Scroll to continue reading.

10. Lagu Tema Terbaik – Wira Hatiku: Lim Yee Chung (Juang)

11. Sinematografi Terbaik – Steven Chua Jyh Shyan (Small Town Heroes)

12. Penyunting Terbaik – Isazaly Isa & A Samad Hassan (Spilt Gravy)

Advertisement. Scroll to continue reading.

13. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Phua Chandler (Small Town Heroes)

14. Pelakon Wanita Harapan – Layla Sania Khairuzikri (Small Town Heroes)

15. Pelakon Lelaki Harapan – Jaa Suzuran (Autumn In Wales)

Advertisement. Scroll to continue reading.

16. Pengarah Harapan – Datuk Zahim Albakri (Spilt Gravy)

17. Anugerah Khas Juri 1 – Asia Tropical Films Sdn Bhd (Juang)

18. Anugerah Khas Juri 2 – Studio Kembara Sdn Bhd (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

19. Anugerah Khas Juri 3 – Multimedia Film Productions Sdn Bhd (Air Force The Movie: Selagi Bernyawa)

20. Anugerah Khas Juri Filem Antarabangsa – Ranah 3 Warna

21. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir – Akma Suriati Awang

Advertisement. Scroll to continue reading.

22. Anugerah Khas Seniwati Sepanjang Zaman – Seniwati Datuk Sarimah Ahmad

23. Anugerah Khas Seniman Sepanjang Zaman – Seniman Mat Sentol

24. Cerita Asal Terbaik – Ryon Lee Eng Keong (Small Town Heroes)

Advertisement. Scroll to continue reading.

25. Lakon Layar Terbaik – Jit Murad, Datuk Zahim Albakri & June Tan (Spilt Gravy)

26. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Juliana Ibrahim (Spilt Gravy)

27. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Beto Kusyairy (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

28. Pelakon Wanita Terbaik – Tan Chui Mui (Barbarian Invansion)

29. Pelakon Lelaki Terbaik – Datuk Adi Putra (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)

30. Pengarah Terbaik – Ryon Lee Eng Keong (Small Town Heroes)

Advertisement. Scroll to continue reading.

31. Filem Terbaik – ZSA Productions Sdn Bhd / Nuansa Sdn Bhd (Spilt Gravy). – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement