Hi, what are you looking for?

Mamak News

‘Starbucks pecat saya kerana tiga minit lewat’


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

NEW YORK: Seorang pekerja Starbucks yang sudah bekhidmat selama hampir tujuh tahun meluahkan kekecewaan apabila diberhentikan hanya kerana terlewat tiga minit ke tempat kerja.

Joselyn Chuquillanqui, 28, yang bekerja sejak 2015 sebagai penyelia berkata, selain isu kelewatan bagi syif pagi semasa pukul 5.30 pagi (waktu tempatan), majikannya turut memberi alasan kecuaian.

“Saya tidak pernah melihat mana-mana pekerja dipecat kerana lewat lima minit ke tempat kerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Julai lalu, pengurus tuduh saya hilangkan kunci kedai, tetapi akhirnya kunci tersebut dijumpai dalam kedai,” luahnya.

Bagaimanapun, Starbucks yang memiliki hampir 9,000 premis di Amerika Syarikat menafikan tindakan pemecatan tersebut.

Syarikat itu menjelaskan pihaknya menghormati hak setiap pekerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wanita itu sangat mencintai pekerjaannya sebagai barista yang memberikan dia kelonggaran untuk menjaga anak saudara perempuannya.

Menjelang musim sejuk nanti, Chuquillanqui berkata, dia berusaha mengajak rakan sekerjanya di New York untuk menyertai kesatuan buruh akibat kecewa dengan pendirian syarikat itu.

Difahamkan, seramai 220 kakitangan dari rangkaian kedai kopi popular dari seluruh AS menyatakan persetujuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, lebih 75 aktivis kesatuan sekerja dipecat dan beberapa kedai ditutup kerana pihak syarikat beranggapan gerakan itu mengganggu operasi syarikat.-AGENSI


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MOSCOW: Mahkamah Russia menetapkan jumlah saman tiga juta rubles (RM235,000) yang perlu dilangsaikan TikT kerana enggan menggugurkan kandungan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Elon Musk, individu paling kaya di dunia baru-baru ini telah mempamerkan robot humanoid yang dikeluarkan oleh syarikat Tesla...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KETUA jurulatih Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak mengingatkan barisan pemain untuk beraksi tanpa sebarang tekanan menjelang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Pengurus Manchester United (MU) Erik Ten Hag tidak akan menghalang penyerangnya Cristiano Ronaldo sekiranya pemain itu ingin meninggalkan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications