Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Starlink tidak ganggu telekomunikasi sedia ada – MCMC


PETALING JAYA – Operasi Starlink dalam negara tidak memberi gangguan terhadap perkhidmatan telekomunikasi sedia ada.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan hari ini berkata, sekiranya berlaku sebarang gangguan, ia akan diatasi melalui penyelesaian gangguan sedia ada mengikut kerangka kebangsaan dan antarabangsa.

Ujarnya, MCMC berpandukan kepada kerangka yang disediakan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), khususnya Peraturan Radio ITU ketika membuat keputusan berkaitan peruntukan dan pengurusan gangguan spektrum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Perkhidmatan satelit adalah secara asasnya global dan Peraturan Radio ITU menyediakan kerangka global untuk menyelaraskan dan mengawal perkhidmatan ini.

“la dengan jelas menggariskan kriteria perlindungan termasuk kewajipan untuk mencegah gangguan berbahaya kepada perkhidmatan sedia ada dan prosedur untuk menyelesaikan pertikaian gangguan, jika ada

“Operasi Starlink di Malaysia adalah selaras dengan kerangka antarabangsa,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, MCMC berkata, Starlink telah diberi status Malaysia Digital, yang membenarkannya beroperasi di Malaysia dengan status pemilikan semasa.

Jelasnya, keputusan ini dibuat berdasarkan penilaian dan manfaat yang akan diberikan oleh Starlink.

“Sebelum mengeluarkan lesen tersebut, MCMC telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan untuk memastikan pertimbangan mereka diambil kira.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“MCMC kekal komited dalam melindungi kepentingan orang awam dan memastikan semua perkhidmatan telekomunikasi, termasuk yang disediakan oleh Starlink, beroperasi dengan mematuhi standard dan peraturan,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications