Hi, what are you looking for?

Squid Game Netflix Stesen Itaewon

Netflix

Stesen Itaewon Berubah Menjadi Taman Permainan Seperti Dalam ‘Squid Game’


Pada masa ini, anda mungkin sudah pernah mendengar tayangan terbaharu yang telah menarik perhatian ramai di seluruh dunia iaitu series Korea “Squid Game“.

Drama bersiri yang bertemakan survival thriller ini disiarkan di Netflix. Ia menceritakan tentang peserta yang mengambil bahagian dalam permainan yang brutal untuk memenangi hadiah wang tunai.

BACA: Di Sebalik Tabir: Squid Game

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Korean Times, Squid Game kini terbukti sangat terkenal sehingga berada di tangga kedua dalam 10 carta teratas Netflix dunia. Tambahan itu, drama ini menjadi drama Korea pertama dalam senarai harian 10 teratas Amerika Syarikat.

Pada hari tayangan perdana pada 17 September, Stesen Itaewon di Korea juga telah diubah suai menjadi tempat seperti dalam drama Squid Game. Stesen ini diubah menjadi taman permainan yang aneh dengan warna yang akan mengingatkan pada latar cerita dalam drama itu.

Squid Game Netflix Stesen Itaewon

Ciri-ciri luar biasa juga dipamerkan seperti robot anak patung besar yang bertanggungjawab untuk mengenal pasti peserta mana yang harus dihapuskan untuk bergerak.

Tangga di stesen telah dihiasi dengan warna merah jambu terang yang merupakan warna pakaian kakitangan yang mengawal para peserta sepanjang permainan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Squid Game Netflix Stesen Itaewon

Pada bahagian luar Stesen Itaewon pula dihiasi dengan piggy bank besar yang berisi wang tunai seperti dalam drama itu. Para pengunjung boleh menikmati taman ini yang akan berlangsung sehingga 26 September di Stesen Itaewon, Seoul.

Squid Game Netflix Stesen Itaewon

Bukan setakat di Korea, malah di Filipina juga dipromosikan secara besar-besaran. Anak patung raksasa itu juga muncul di luar sebuah pusat beli belah di Metro Manila.

Video yang dirakam itu menyeramkan ketika dia memusingkan kepalanya untuk memerhatikan orang yang lalu di kawasan itu.

Sumber: Mothership

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Menara Berkembar Petronas menjadi tumpuan Lelaki Sarawak Pertama Kali Datang KL Buat Ramai Terbahak. Malaysia mempunyai beberapa perkara yang memang orang luar pun...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Bersangka baik pada bulan puasa, tiada istilah terpaksa dalam diri saya.” Demikian respons ibu kepada penyampai radio dan pelawak, Shuib...

Travel

0 Langkawi antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai, malah pulau bebas cukai itu juga mempunyai banyak tarikan lain untuk dilawati. Nak cari penginapan...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications