Hi, what are you looking for?

Sukan

STL 2021/2022 buka tirai dengan ‘kilauan’ Emas Anuar


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

LIGA Sepak Takraw (STL) 2021/22 kembali membuka tirai 7 Januari 26 Mac ini dan dijangka menghidangkan aksi sengit.

Empat venue jelajah menjadi pilihan edisi ke-8 kali ini yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur; Kompleks Belia dan Sukan Panji Kota Bharu, Kelantan; Spice Arena, Pulau Pinang; Stadium Indera Mulia Ipoh, Perak dan Iskandar Malaysia Studio, Johor Bharu.

Apa yang menarik, STL musim ini mendapat suntikan baik daripada Emas Anuar yang bertindak sebagai penaja utama dengan jumlah keseluruhan lebih sejuta (RM1 juta).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Emas Anuar Sdn Bhd, Khurulanuar Mhamad Noor memberitahu mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai hub dan kuasa besar sepaktakraw di Malaysia.

“Kalau bola orang ‘kenai’ JDT, saya nak orang kenai Penang dan Emas Anuar dengan takraw. Kalau boleh, saya nak bina kawasan khas untuk pusat latihan dan pertandingan sepak takraw di Penang, termasuk asrama pemain,” ujarnya ketika menandatangani tajaan dua hari lalu.

Malah Anuar juga mempunyai hasrat untuk mewujudkan kelab sepak takraw di setiap sekolah di Pulau Pinang untuk menambah penglibatan lebih ramai bakat baharu menyertai acara sukan ini.

Selain itu, Emas Anuar turut menjadi penaja utama untuk pasukan Penang Black Panthers.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk saingan kali ini, Emas Anuar memperuntukkan sebanyak RM286 ribu kepada Penang Black Panthers yang mana sebanyak RM240 ribu adalah elaun kepada dua orang pengurus, tiga orang jurulatih dan lapan pemain Penang Black Panthers.

Difahamkan, setiap pemain Penang Black Panthers menerima lebih kurang RM20 ribu seorang untuk saingan sepanjang musim ini yang berlangsung selama tiga bulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. NEW YORK: Penulis kontroversi, Salman Rushdie dilaporkan cedera selepas ditikam oleh seorang lelaki ketika berada di atas pentas...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Negeri Sembilan terus mempamerkan aksi cemerlang ketika meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan Liga Super...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Selepas suaminya mendakwa mengalami sakit mental tetapi ‘kantoi’ apabila pendedahan dilakukan hanya sandiwara semata-mata, isteri...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. NEW DELHI – Seramai 17 orang masih hilang dan tiga mayat ditemui sehari selepas sebuah bot karam di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications