Hi, what are you looking for?

Luar Negara

Struktur jambatan serong buat pengunjung pening, muntah


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

BRISTOL: Sebuah jambatan yang menghubungkan tempat letak kereta dan pusat beli belah di Bristol dikritik ramai pengunjung disebabkan rekaannya yang serong. 

Lapor Daily Star, ramai pengunjung menjadi pening selain tidak dapat menyeimbangkan badan ketika melalui jambatan unik tersebut. 

Seorang penduduk, Kim Cleave dari Stapleton memuat naik persoalan dalam Facebook dan bertanyakan orang ramai sekiranya pernah melalui pengalaman serupa. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Adakah sesiapa pernah mempunyai masalah ketidakseimbangan semasa melalui jambatan dari Cabot Circus ke pusat beli belah di Bristol?

“Saya mempunyai masalah vertigo melampau semasa berjalan di sana. Rekaan lantai dan dinding jambatan itu yang serong sangat mengerikan,” katanya. 

Bagi Karina Hall, dia hanya boleh melalui jambatan itu jika memegang lengan ahli keluarganya. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jika tidak saya akan pening dan hampir jatuh,” luahnya. 

Rekaan jambatan itu mungkin kelihatan bagus dalam lukisan arkitek, namun sebenarnya mendatangkan masalah kepada pengguna yang berisiko menjadi pening atau vertigo. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Mamak News

0 MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH, WARTAWAN EKSEKUTIF Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. HOOFDKLASSE mungkin satu nama yang jarang didengari oleh peminat-peminat sukan tempatan tetapi tidak...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BEIJING: Kerajaan tempatan Sichuan di China mengarahkan semua kilang ditutup selama enam hari untuk mengurangkan penggunaan bekalan elektrik...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ALOR SETAR – Kedah Darul Aman (KDA) FC kempunan untuk mencipta kemenangan di laman sendiri apabila terikat 1-1...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Tidak tahan diaibkan dan dakwa difitnah tanpa henti, pelakon sensasi Zarina Anjoulie nekad mengambil tindakan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications