Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Suami belasah isteri dengan getah paip, batang buluh


KUALA LUMPUR – Tekanan akibat kehilangan pekerjaan dipercayai punca seorang suami tergamak memukul isterinya dengan getah paip dan batang buluh dalam kejadian di kediaman mereka di Wangsa Melawati, di sini semalam.

Tambah menyedihkan, wanita berusia 29 tahun itu turut dipukul dengan wayar telefon di hadapan dua anak perempuan mereka, bahkan mereka bertiga turut dikurung dalam bilik tidur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 12 tengah hari ketika wanita tersebut bertengkar dengan suaminya yang berumur 20-an.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah

“Ketika pergaduhan berlaku, suspek telah menyimbah muka mangsa dengan air suam dan membelasahnya dengan paip getah, batang buluh serta wayar telefon.

“Suspek kemudiannya mengurung isteri bersama dua anak perempuan di dalam bilik tidur. Salah seorang anak mereka bertindak menghubungi ahli keluarga sebelum polis tiba untuk menyelamatkan mereka,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, polis telah memberkas suspek pada hari yang sama dan mendapati kerap bergaduh serta memukul isterinya sebelum ini, namun mangsa tidak membuat laporan polis.

Jelas beliau, pasangan itu dikatakan kerap bergaduh akibat perselisihan faham selepas suspek hilang pekerjaan sejak pandemik Covid-19.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, suspek direman sehingga 14 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Keganasan Rumah Tangga. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement