Hi, what are you looking for?

Luar Negara

Suami Hadiahkan Cincin Berlian Selepas Isteri Hilang Berat Badan 75 Kg


TAIPEI, TAIWAN – Seorang wanita dari Taiwan menerima hadiah berupa sebentuk cincin berlian daripada suaminya sebagai ‘ganjaran’  kerana berjaya menurunkan berat badan sebanyak 75 kilogram (kg), lapor program berita Liputan 6 hari ini.

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, suami wanita itu berkongsikan mengenai bagaimana  isterinya berjaya menurunkan berat badan kepada 55 kg dalam masa dua tahun.

BELI CINCIN BERLIAN MURAH: https://shp.ee/ustr28d

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dua tahun lalu, isteri bertanya kepada saya, hadiah apa yang saya mahu pada hari ulang tahun kelahiran saya.

“Saya menjawab ‘tiada apa’, namun secara spontan saya bertanyakan kepadanya, sama ada dia boleh cuba menurunkan berat badan demi saya, sekali dalam seumur hidupnya,” tulis lelaki tersebut.

Menurut lelaki itu, selepas dicabar, isterinya berusaha untuk menurunkan berat badan  dengan cara mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Kek Pisang Adik Manis: Daripada Kesukaan Ibu, Terus Jadi Bisnes

“Selepas dua tahun, dia akhirnya berjaya menurunkan sebanyak 75 kg daripada 130 kg sebelum ini,” kata lelaki itu.

Isterinya kemudiannya dihadiahkan dengan sebentuk cincin berlian satu karat seperti yang dia janjikan. – AGENSI 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Menara Berkembar Petronas menjadi tumpuan Lelaki Sarawak Pertama Kali Datang KL Buat Ramai Terbahak. Malaysia mempunyai beberapa perkara yang memang orang luar pun...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Bersangka baik pada bulan puasa, tiada istilah terpaksa dalam diri saya.” Demikian respons ibu kepada penyampai radio dan pelawak, Shuib...

Travel

0 Langkawi antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai, malah pulau bebas cukai itu juga mempunyai banyak tarikan lain untuk dilawati. Nak cari penginapan...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications