Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Suami isteri jadi penghuni tunggal di kampung terbiar


MOSCOW: Pasangan warga emas Russia mendapat perhatian media baru-baru ini kerana tinggal bersendirian di sebuah kampung terbiar dengan hanya dikelilingi haiwan ternakan sebagai teman mereka selama beberapa puluh tahun.

Dalam filem pendek yang dimuat naik di saluran YouTube oleh Patruschves, pasangan yang tidak dinamakan itu mengalu-alukan penonton ke rumah mereka yang terletak di wilayah barat terpencil yang dikenali sebagai Bashkortostan.

Rakaman dron perkampungan terbiar itu menunjukkan ia dikelilingi oleh tanah ladang tanpa jalan bertar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Warga emas yang masing-masing berusia 75 dan 82 tahun itu menjelaskan, semua penduduk asal di kampung itu sudah meninggal dunia dan generasi muda memilih keluar ke bandar menyebabkan mereka berdua kini menjadi penghuni tunggal.

Walaupun hanya ditemani seekor lembu, burung-burung, kucing dan ayam, pasangan yang sudah berkahwin selama 36 tahun itu kelihatan masih aktif dan gembira menjalankan kehidupan seharian mereka.

Si suami berkata, dia akan bangun pada pukul 5 pagi dan keluar untuk memotong kayu api.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apabila dia pulang, isterinya akan mengambil kayu-kayu itu dan menyalakan api di ruang tamu dan dapur mereka.

Oleh kerana tiada bekalan air, warga emas itu akan keluar bersama mengambilnya dari perigi untuk memasak, membersih keperluan rumah dan mencuci pakaian.

Pekerjaan lain di sekitar rumah kecil mereka termasuk memotong rumput kering dan memberi makan kepada haiwan-haiwan yang datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pada musim panas ada juga orang yang melawat kawasan ini tetapi sebahagian besarnya kami bersendirian di sini.

“Alam semulajadi sudah cukup memberi keselesaan dan tenaga kepada kami. Kami bahagia hidup dalam keadaan terpencil ini, kami tidak akan berpindah ke bandar. Kami tak suka bandar,” kata mereka.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Berjaya Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram Seorang kanak-kanak berasal dari United Kingdom dilaporkan berjaya menangkap ikan keli...

Sukan

0 KEADAAN padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini tidak banyak berubah menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul...

Hiburan

0 BERGELAR pewaris kepada seniman dan seniwati tersohor, Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan Allahyarhamah Datin Saadiah bukanlah tiket untuk pelakon berkaliber, Fazlina Ahmad Daud...

Mamak News

0 Gelagat Final Piala Malaysia, Penyong Datang Stadium Pakai Baju Pengantin Bahang kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 kian terasa. Penyong pasukan yang bertanding,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications