Hi, what are you looking for?

Keluarga

“Suami, Tak Perlu Nak Kasihan Kat Isteri Orang Lain,” Wanita Kongsi Antara Situasi Lazim Permulaan Punca Penceraian


Isu curang dalam rumah tangga menjadi salah satu punca utama yang menyebabkan berlakunya perceraian di antara suami isteri. Bayangkan perkahwinan yang dibina selama puluhan tahun juga boleh hancur sekelip mata kerana hadirnya orang ketiga.

Dalam beberapa kes yang tular sebelum ini, ramai suami isteri yang dipercayai terjebak melakukan hubungan sulit dengan rakan sekerja sehinggakan ada suami yang sanggup menjatuhkan talak ke atas isterinya dan meninggalkan anak-anak.

Entah di mana silapnya, ia bagaikan barah yang tidak mampu lagi untuk dibendung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bercakap perihal ini, seorang pengguna Facebook, Farizal Radzali, berkongsikan mengenai perbuatan atau tindakan seseorang individu yang boleh menjerumuskan mereka ke arah lembah kecurangan. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Selalunya ia bermula dengan kisah pendek, sesaat cuma.

“Laa, konyoknya baju. Takde org tolong gosok ke?” Saja gurau.

“Kesiannya tunggu teksi sampai jauh malam ni, suami tak boleh ambilkan ke?” Tunjuk perihatin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebelum pergi kerja tadi tak sarapan ke?” Sian member lapar.

“Takpelah, alang-alang dah satu jalan, meh la saya tumpangkan,” gentleman.

Nampak macam biasa je. Tapi impaknya mungkin besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Isteri saya sibuk urus anak-anak, tak sempat gosok baju,”

“Suami saya malas nak tempuh jem untuk ambil saya kat sini, terpaksa la naik teksi,”

“Isteri saya bangun lambat, tak sempat buat sarapan,”

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Haah, boleh juga. Nanti saya bayar duit minyak kereta,”

Maka, bermulalah. Dialog akan berlarutan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Saya pernah bertemu seorang wanita baik, suaminya juga seorang yang baik. Masing-masing saling mempercayai. Masing-masing saling memahami. Masing-masing bertolak ansur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Entah di mana silapnya, si suami main kayu tiga, ditangkap khalwat dengan isteri orang, yang juga merupakan rakan sekerja.

Ada juga kes, sama macam tu. Suami isteri baik. Tiada kekurangan, harta, anak, bahagia, semua cukup. Tapi isteri bercinta dengan si bujang di tempat kerja.

Kenapa jadi macam tu?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semuanya bermula dengan ‘takde niat’. Kesian, perihatin, ambil berat, ingin membantu. Lama- lama hati menjadi cair.

Mulalah rasa kenalan baru ni lebih ambil berat, lebih perihatin, lebih baik.

Kalau suami sendiri, kita pakai baju baru pun tak perasan. Dia buat dek je. Bila tanya cantik tak, dipandang endah tak endah dengan jawapan acuh tak acuh. Tapi dengan kenalan baru ni, belum sempat kita cakap lagi dia dah tegur, cantiknya you pakai baju warna mcm ni. Hmmmm..

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi suami pulak, isteri sendiri pagi-pagi takdan duduk makan sarapan sama-sama. Tapi kat office, ada orang temankan sarapan. Balik rumah isteri tak tanya pun suami, awak ok ke? Kerja kat office ok? Sibuk dengan anak-anak. Tapi kat office, muka sedih sikit, dah ada org perasan. Bagi kata-kata semangat, tenangkan hati. Hmmmm…

Segalanya tentang hati. Kuat atau tak, bukan bagaimana kita lari setelah terlanjur menyukai yang tak sepatutnya. Tapi bagaimana kita tak memulakan dari awalnya.

Buat baik berpada-pada. Segala perbuatan, perasan & empati, ada hadnya. Semua ada had. Jangan sesekali melepasi had.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suami, tak perlu nak kasihan kat isteri orang lain.

Isteri, tak perlu nak kasihan kat suami orang lain.

Anak gadis, tak perlu fikirkan kesusahan suami orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anak teruna, tak perlu fikirkan kesusahan isteri orang.

Kalau kasihan, ingin bantu, carikan ruang atau peluang lain untuk mereka dibantu.

Mula-mula kasihan, lama-lama kasihkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dah banyak terjadi.

Sumber: Farizal Radzali

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Mamak News

0 PASIR PUTEH – Kegembiraan seorang remaja yang mandi bersama empat rakannya di air terjun Jeram Linang di sini bertukar tragedi apabila dia tergelincir...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications