Hi, what are you looking for?

Tempatan

Suapan RM2,700, Penolong Pegawai Tabdir DBKL didenda RM18,000


KUALA LUMPUR – Seorang penolong pegawai tadbir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didenda RM18,000 oleh Mahkamah Sesyen atas enam pertuduhan menerima suapan berjumlah RM2,700 berhubung kerja-kerja pembersihan perumahan rakyat (PPR) dan rumah sampah.

Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman denda terhadap Mohamed Helfien Nordin, 45, selepas tertuduh mengaku bersalah ke atas enam pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

BACA: Dua Pegawai Kastam Berdepan Dua Tuduhan Sembunyikan Barangan Rampasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah turut memerintahkan Mohamed Helfien 15 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut. Tertuduh membayar denda berkenaan.

Selepas menjatuhkan hukuman denda RM18,000, Rozina sempat memberikan sedikit nasihat buat tertuduh.

“Sepatutnya awak menjadi contoh yang baik buat anak-anak awak dan bukannya membuat benda haram,” kata hakim tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas sebagai Pengurus Perumahan Zon 2, Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL didakwa menerima suapan berjumlah RM2,700 daripada dua pemilik syarikat kontraktor pembersihan di antara 4 Februari 2014 hingga 5 Disember 2016.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Sekyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fadhli Ab. Wahab manakala tertuduh diwakili peguam bela Rajsurian Pillai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 12 Mac 2021, Mohamed Helfian didakwa atas 120 pertuduhan membabitkan rasuah di dua Mahkamah Sesyen di sini. Pada tarikh tersebut di hadapan Rozina, tertuduh mengaku tidak bersalah atas 34 pertuduhan.

Pada prosiding hari ini, tertuduh mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan hari ini.

Pihak pendakwaan kemudian memohon agar baki 28 pertuduhan diambil untuk dipertimbangkan (taken into consideration) sebagaimana dalam peruntukan 171A Kanun Prosedur Jenayah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi kes di hadapan Hakim Azura Alwi yang membabitkan 86 pertuduhan, kes akan disebut pada 19 Januari ini. jumlah keseluruhan rasuah yang didakwa diterima tertuduh ialah sebanyak RM82,700.

Terdahulu, ketika rayuan, Rajsurian memohon mahkamah mengambil kira bahawa anak guamnya tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mempunyai empat orang anak dan isteri yang tidak bekerja. – K! ONLINE

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Mamak News

0 PASIR PUTEH – Kegembiraan seorang remaja yang mandi bersama empat rakannya di air terjun Jeram Linang di sini bertukar tragedi apabila dia tergelincir...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications