Hi, what are you looking for?

Hiburan

Sudah dijangka, Neelofa ‘belanja’ lagi wajah Bilal


PETALING JAYA – Seperti dijangka ramai, selebriti terkenal Neelofa sekali lagi membuatkan peminatnya tidak senang duduk apabila berkongsi wajah anaknya, Muhammad Bilal.

Biarpun sekadar menampakkan bahagian sisi, Neelofa, 33, kelihatan semakin terbuka dan tidak lagi keterlaluan menyembunyikan wajah anak sulungnya itu.

Menerusi perkongsian terbaharunya, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu memuat naik video memaparkan suaminya, Haris Ismail sedang mendukung dan memeluk Bilal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Yang buat hati ini bahagia, apabila dapat meluangkan masa bersama suami dan anak, berkumpul dengan keluarga, melancong serta berniaga.

“Sayang awak berdua,” tulis pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor itu ringkas.

Berdasarkan tinjauan Kosmo!, rata-rata netizen tetap teruja untuk menatap wajah Bilal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sudah dijangka Neelofa nak kongsi muka Bilal walaupun sedikit sebegini, kita tunggu minggu depan pula,” kata seorang netizen.

“Neelofa kongsi wajah Bilal buat kami seperti main puzzle,” komen peminatnya.

“Tidak kisahlah orang cakap, tetap ramai yang menanti-nanti untuk melihat muka Bilal,” kata seorang pengguna Twitter.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Minggu lalu, bekas pengacara MeleTOP itu turut menuai perhatian apabila pertama kali berkongsi foto Bilal tanpa menutup menggunakan sebarang emoji.

Bilal yang kini berusia lapan bulan dilahirkan pada 29 Januari lalu di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement