Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Sudu Garpu Berkarat, Guna 4 Bahan Ni ‘Confirm’ Hilang


Sudu Garpu Berkarat, Guna 4 Bahan Ni ‘Confirm’ Hilang

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, segala benda kalau boleh kita mahu berjimat cermat.

Segala perbelanjaan dikawal dengan sehabis baik agar tidak membazir dan mengalami kerugian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk kegunaan barangan di rumah pula, kalau masih boleh dibaiki pasti kita akan baikinya sendiri secara DIY.

Sebagai contoh, barangan elektrik yang rosak kalau masih boleh dibaiki cuba baiki dahulu sebelum digantikan dengan yang baru.

Selain dapat berjimat cermat, kita juga dapat memanfaatkan skil atau kemahiran yang kita ada pada sebelum ini kan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seperti perkongsian dari sebuah akaun TikTok @bakul_chantiq ini. Ia berkongsikan tips bagaimana cara mahu menghilangkan karat pada barangan besi seperti sudu dan garfu dengan mudah.

Kalau anda ada barangan dapur yang berkarat jangan buang, cuba ikut tips pengguna ini dahulu.

Mari kita ikuti tips dan langkah melakukan proses tersebut.
| KampungmamakcomKredit TikTok

Pertama bahan yang anda perlukan adalah bekas kosong, baking soda, air panas, garam dan ‘aluminium foil’. Bekas kosong itu terserah kepada saiz barangan yang anda mahu lakukan untuk proses ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit TikTok

Langkah pertama yang anda harus lakukan adalah campur kesemua bahan tadi sehingga sebati termasuk aluminium foil yang diletakkan di bahagian bawah permukaan air.

Setelah campuran tadi terlarut, masukkan barangan karat yang anda inginkan. Secara automatik, karat tadi akan hilang dengan sendirinya.

| KampungmamakcomKredit TikTok

Menurut muat naik video itu, proses ini adalah satu tindak balas kimia yang dinamakan reaksi elektrolisis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Elektrolisis merupakan satu proses di mana arus elektrik dialirkan melalui bahan yang menyebabkan perubahan kimia. Perubahan kimia ialah proses di mana bahan kehilangan atau memperoleh elektron (pengoksidaan atau pengurangan).

Bahan yang boleh diubah mungkin akan berbentuk elektrod, boleh membentuk larutan atau mungkin terlarut dalam larutan.

Proses ini tadilah yang telah menyebabkan karat boleh hilang dengan cara terlarut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda untuk menghilangkan karat pada perkakasan atau barangan rumah yang mungkin masih boleh diguna pakai.

@bakul_chantiq

Cara menghilangkan karat dengan mudah dan alami #alatrumahtangga #perabotandapur #menghilangkankarat #karat #sendok #garpu #silverware #alatmakan #peralatandapur #peralatanmakan

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – Bakul Chantiq – Bakul Chantiq

Sumber: TikTok via @bakul_chantiq, Britannica

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement