Hi, what are you looking for?

Hiburan

Sufian Suhaimi bantu mangsa keganasan rumah tangga


PUTRAJAYA –  Terkesan nasib menimpa mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin, 44, penyanyi dan usahawan, Sufian Suhaimi, 31, tampil menghulurkan bantuan berbentuk wang ringgit dan barangan keperluan harian.

Keadaan Jahidah yang terlantar di hospital sejak dua tahun lalu mendorong Sufian, 30, dan syarikatnya BabyPian melancarkan tabung sumbangan dengan nama Tabung Kasih.

Selain itu, sumbangan yang diberikan termasukanlah untuk tabung pendidikan anak kepada mangsa iaitu Eshan Nufail yang kini berusia setahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Apabila bercakap mengenai kekeluargaan, saya teringat satu kisah yang sangat dekat dengan saya iaitu kes Jahidah. Saya berpeluang bertemu dengannya dan keluarga bulan lalu.

“Melihat keadaan Jahidah yang tidak bermaya dan mendengar sendiri cerita sebenar daripada ahli keluarga, saya rasa sangat simpati,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.

Kata pelantun lagu Di Matamu itu, nasib malang menimpa Jahinah memberi inspirasi kepada dirinya untuk menghulurkan bantuan sasama manusia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kisah Jahidah secara tidak langsung memberi motivasi dan inspirasi kepada saya untuk tampil dengan inisiatif ini.

Fauziah Nordin berkata, keadaan Jahidah masih tidak boleh bergerak dan hanya terlantar di katil. –  FAISOL MUSTAFA.

“Saya bersama pasukan BabyPian cuba melakukan apa yang kami mampu bagi membina kesedaran berkenaan isu keganasan rumah tangga.

“Malah, kami ingin meringankan beban dan membantu perkembangan awal anaknya melalui tabung pendidikan, Tabung Kasih,” katanya.

Sufian berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan Tabung Kasih dan pelancaran produk Kasih Pillow di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), di sini, baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata Sufian lagi, dia tidak menyangka apabila usaha berkenaan turut mendapat maklumbalas positif daripada pihak KPWKM.

“Saya dan pasukan berbesar hati sebab KPWKM turut memberi sokongan terhadap projek ini.

“Secara asasnya, apa yang nak disampaikan adalah untuk memupuk kesedaran mengenai keganasan rumah tangga, kisah Jahidah yang boleh dijadikan pengajaran serta bantuan kepada mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Alhamdulillah projek ini mendapat maklum balas positif daripada pihak kementerian. Kami bukan nak ambil kesempatan terhadap isu yang berlaku.

“Sebaliknya kami ingin memberi kesedaran kepada wanita untuk bangkit dan berani membela diri sendiri,” katanya.

Majlis berkenaan turut dihadiri dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri KPWKM, Aiman Athirah Sabu dan ahli keluarga mangsa termasuk adiknya, Fauziah Nordin. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Mamak News

0 SEREMBAN – SIRIM Berhad menyasarkan seramai 50,000 orang usahawan dapat dilahirkan menjelang tahun 2027 menerusi program pembangunan usahawan termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications