Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

SugarBun, Jenama Kebanggaan Warga Sarawak Kini Jadi Fast Food Alternatif Di Sabah


SugarBun kini pilihan utama warga Sabah

SugarBun, Jenama Kebanggaan Warga Sarawak Kini Jadi Fast Food Alternatif Di Sabah. SugarBun, rangkaian restoran makanan segera tempatan dari Sarawak kini semakin digemari di negeri Sabah.

Menurut tinjauan, ramai warga Sabah memilih SugarBun sebagai pilihan utama restoran fast food, mengatasi rangkaian antarabangsa yang lebih dikenali.

SugarBun Jenama Kebanggaan Warga Sarawak Kini Jadi Fast Food Alternatif Di Sabah Kredit <a rel=nofollow noopener target= blank href=httpswwwfacebookcomphotofbid=734848275351785set=a602070325296248>Sabah Info<a>

Selain itu, SugarBun turut mendapat sokongan warga Sabah berikutan panggilan untuk memboikot beberapa jenama makanan segera antarabangsa disebabkan konflik yang berlaku antara Israel dan Palestin.

SugarBun menawarkan menu berorientasikan makanan Barat tetapi dengan citarasa tempatan yang sesuai dengan citarasa warga tempatan.

Antara menu signature di SugarBun adalah seperti burger, ayam goreng, dan set Best Borneo Asian Food yang merangkumi asam pedas, ayam cendawan dan banyak lagi. Tidak lupa juga, nasi ayamnya yang terkenal dengan rasa yang sedap dan savuri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih menarik, sos cili Sabasco pedas yang disajikan SugarBun sebenarnya dihasilkan di daerah Kunak, Sabah. Ini membuktikan komitmen SugarBun untuk menonjolkan produk tempatan.

Berdasarkan sambutan hangat daripada warga Sabah, diharap lebih banyak cawangan SugarBun akan dibuka di seluruh pelosok negeri ini.

Berdasarkan posting daripada Sabah Info di Facebook, gabungan menu Barat dan hidangan autentik Borneo dengan harga berpatutan merupakan formula kejayaan jenama tempatan seperti SugarBun dalam menarik minat rakyat Sabah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dengan kelebihan ini, SugarBun dijangka akan terus dipilih sebagai pilihan utama restoran burger serta makanan segera untuk warga Sabah dalam waktu terdekat.

Baca lagi artikel menarik:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications