Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Suhu Terlalu Panas, Taylor Swift Tangguhkan Konsert


Suhu Terlalu Panas, Taylor Swift Tangguhkan Konsert

Bintang terkenal, Taylor Swift telah mengumumkan penangguhan konsertnya di Rio de Janeiro, Brazil kerana suhu yang terlalu panas. Konsertnya itu telah dijadualkan pada Sabtu malam, 18 November 2023.

Melalui perkongsiannya di Instagram, Taylor Swift berkata, “Keputusan ini telah dibuat untuk menangguhkan konsert pada malam ini kerana suhu yang terlalu panas di sini,”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia turut menambah bahawa dia mementingkan keselamatan dan kesihatan para peminat, penari-penari lain dan pekerja-pekerja.

Hari Jumaat, 17 November 2023, merupakan konsert pertama Taylor Swift di Rio de Janeiro. Pada ketika itu, kawasan itu mengalami suhu yang tinggi menurut National Institute of Meteorology Brazil.

Turut menjadi punca penangguhan itu dilakukan adalah kematian seorang peminat yang berlaku sebelum konsertnya itu dimulakan. Punca kematian peminat itu tidak diketahui.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: ‘Muka Herot & Darah Beku Di Otak’, Esma Daniel Kongsi Detik Diserang Strok

Taylor Swift telah berkongsi rasa sedihnya di story Instagram mengenai kejadian itu. Katanya, “Saya tak percaya dengan apa yang saya tulis ini. Tapi, dengan hati yang sedih, saya mahu memberitahu kami telah kehilangan seorang peminat sebelum konsert saya bermula.

“Tiada kata-kata yang boleh menjelaskan kesedihan saya terhadap kematian itu. Saya tidak mempunyai sebarang informasi mengenai kejadian itu. Apa yang saya tahu, peminat itu merupakan seorang wanita yang sangat cantik dan masih terlalu muda,” kata Taylor Swift.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tidak akan dapat bercakap mengenai hal ini di atas pentas kerana saya tahu saya akan rasa terlalu sedih jika saya cuba untuk bercerita tentangnya.

“Saya mahu memberitahu saya merasai kehilangan peminat itu dan saya bersimpati kepada keluarga dan rakan-rakannya. Saya tidak sangka kejadian ini akan berlaku apabila kami bercadang untuk melakukan konsert di Brazil,” tambahnya lagi.

Konsertnya itu telah dijadualkan pada hari Ahad, 19 November 2023, di Rio de Janeiro. Kemudian, dia akan melakukan konsert di Sao Paolo untuk tiga persembahan tambahan, menurut laman webnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: CNN

The post Suhu Terlalu Panas, Taylor Swift Tangguhkan Konsert appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Sukan

0 KEADAAN padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini tidak banyak berubah menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul...

Hiburan

0 BERGELAR pewaris kepada seniman dan seniwati tersohor, Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan Allahyarhamah Datin Saadiah bukanlah tiket untuk pelakon berkaliber, Fazlina Ahmad Daud...

Mamak News

0 Gelagat Final Piala Malaysia, Penyong Datang Stadium Pakai Baju Pengantin Bahang kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 kian terasa. Penyong pasukan yang bertanding,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications