Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Sultan Selangor Tegur Ahli Politik Guna Kata Kesat & Biadap, “Mana Hilang Budi Bahasa?”


Sultan Selangor Tegur Ahli Politik Guna Kata Kesat & Biadap, “Mana Hilang Budi Bahasa?”

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegur sikap sesetengah wakil rakyat yang menggunakan kata-kata kesat dan biadap, selain turut mengheret institusi raja ke dalam ceramah.

Lapor Awani, baginda mengingatkan supaya ahli-ahli politik yang mempunyai kemasyhuran tidak memperlekehkan sesiapa yang tidak sefahaman dalam politik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Titah baginda, semua ahli politik sebaliknya mestilah memelihara adab dan tatasusila.

“Beta juga ingin menyentuh tentang insiden-insiden yang melibatkan penggunaan kata-kata kesat dan biadap yang dilemparkan oleh segolongan kelompok masyarakat, ahli-ahli politik, tidak ketinggalan segelintir pemimpin-pemimpin parti politik ketika berkempen dengan mengheret institusi raja ke dalam ceramah-ceramah mereka.

“Keadaan yang berlaku ini menggambarkan terhakisnya rasa hormat segelintir ahli dan pemimpin politik terhadap institusi raja dan Kesultanan Melayu yang menjadi payung kepada umat Islam, orang Melayu dan lain-lain bangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sikap biadap mereka ini telah melangkaui batas-batas dan nilai keperibadian orang Islam dan Melayu yang sering dipelihara.

“Ingatlah jangan kerana kita menyangka bahawa kita cukup popular di kalangan rakyat sehingga bertindak memperlekehkan sesiapa yang tidak sehaluan dengan fahaman politik masing-masing, malah sanggup pula hadir ke negeri Selangor dengan melemparkan cacian melampaui batas,” titah baginda.

BACA: Cukup-cukuplah Berpolitik, Fikir Masa Depan Negeri, Rakyat – Sultan Selangor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, baginda turut menitahkan supaya mengetengahkan budi bahasa dengan menghentikan tindakan menghina dan budaya caci-mencaci.

Titah Sultan Sharafuddin lagi, perbuatan menghina itu bukan budaya kita sebaliknya budi pekerti itu adalah sifat sebenar.

“Ke mana hilangnya budi bahasa? Ini bukan budaya kita khususnya orang Melayu untuk menghina sesiapa pun khususnya di khalayak ramai. Peliharalah adab dan susila kita apatah lagi apabila kita bertandang ke negeri atau rumah orang,” titah baginda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan juga, titah itu dibuat selepas berkenan menyempurnakan Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Ahli Majlis Kerajaan Selangor (Exco) di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang pada Isnin.

Saksikan video penuh bermula pada minit 2:03:49 di SelangorTv atau di bawah ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Awani

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement