Hi, what are you looking for?

Mamak News

Sumbangan baju sekolah kurangkan beban keluarga


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

IPOH – Sesi persekolahan bagi 100 anak-anak kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) golongan B40 lebih ceria apabila menerima sumbangan sepasang pakaian sekolah menerusi program MBI Prihatin.

Setiausaha MBI, Ahmad Munir Ishak berkata, kali ini pihaknya berkerjasama dengan Kedai Canggih Sutera Sdn.Bhd., (Canggih Sutera) bagi melaksanakan sumbangan tersebut melibatkan kakitangan antuan kepada kakitangan pelbagai jabatan.

Menurut beliau, berdasarkan semakan pihaknya telah mengenal pasti 100 anak-anak kakitangan untuk dibantu bagi meringankan beban keluarga semasa permulaan sesi persekolahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Setiap daripada mereka menerima sepasang pakaian sekolah dengan peruntukan sebanyak RM130 seorang melibatkan jumlah keseluruhannya sebanyak RM13,000.

“Kali ini kita tumpukan pada murid-murid sekolah rendah dan kemungkinan pada sumbangan akan datang, kita akan beri pula pada pelajar menengah,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Back To School Anak- Anak Kakitangan MBI di Kedai Canggih Sutera di sini semalam.

Program MBI Prihatin ini merupakan inisiatif daripada Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin bagi membantu golongan yang memerlukan yang dicetuskan semasa sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).-K! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM5.3 juta bagi membaik pulih kira-kira 93 buah premis tabika yang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) – Pemain bola sepak sensasi kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid bakal beraksi di Liga...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAMESTOWN: Seekor kura-kura yang diberi nama Jonathan menyambut ulang tahun ke-190 hari ini, sekali gus menjadikannya sebagai haiwan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ROMPIN – Bagi meringankan beban penduduk Pulau Tioman kerajaan negeri bersetuju mengurangkan kira-kira 60 peratus tambang feri kepada...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications