Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Sunak gesa tindakan radikal tangani krisis sistem kesihatan   


LONDON: Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak menggesa tindakan `berani dan radikal’ diambil bagi melakukan reformasi terhadap sistem kesihatan negara itu yang kini berdepan dengan pelbagai krisis.     

Gesaan itu dibuat selepas Sunak mengadakan pertemuan dengan pegawai tinggi Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) bagi mencari penyelesaian terbaik menangani krisis kesihatan yang melanda negara itu.    

Selepas berdepan kekurangan dana selama beberapa tahun, NHS bergelut memenuhi permintaan untuk rawatan perubatan kecemasan ketika musim sejuk, dengan menghadapi lonjakan kes Covid-19 dan selesema.   

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, kakitangan hospital dan ambulans mengadakan mogok disebabkan isu kenaikan gaji akibat inflasi, yang mana ramai penduduk bersimpati dengan perjuangan mereka. 

Pada masa sama, jururawat buat pertama kali dalam tempoh 100 tahun, menuntut kenaikan gaji susulan peningkatan inflasi melebihi 10 peratus.

Setelah dituduh gagal bertindak, Sunak mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Perubatan England, Chris Witty dan Ketua Eksekutif NHS England, Amanda Pritchard di Downing Street kelmarin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pejabat Downing Street dalam satu kenyataan memaklumkan pertemuan itu diadakan menjelang rundingan yang dirancang antara pegawai kerajaan dan kesatuan sekerja yang bertujuan menamatkan mogok.

“Ketika ini, kita perlu membawa pendekatan berani dan radikal sepertimana dilakukan terdahulu bagi mengatasi masalah.

“Saya rasa kita memerlukan pendekatan yang sama pada masa ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita bersama-sama boleh memutuskan tindakan yang akan membawa perubahan kepada negara dan semua keluarga dalam jangka masa pendek,” jelas kenyataan itu.  

Minggu lalu, Sunak dalam ucapannya menekankan lima keutamaan bagi tahun 2023 termasuk memendekkan tempoh menunggu NHS.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Kolej Kejururawatan Diraja, Pat Cullen memaklumkan akan hadir dalam pertemuan dengan Menteri Kesihatan UK, Steve Barclay.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, Sunak harus berunding secara langsung dengan jururawat bagi menghalang mogok yang dirancang pada 18 dan 19 Januari daripada berlaku. – AFP


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement