Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Suri Rumah Ditemukan Maut Dengan Tiga Kesan Tikaman Di Dada


suri rumah maut tikaman

Suri Rumah Ditemukan Maut Dengan Tiga Kesan Tikaman Di Dada

MELAKA, 12 Nov (Bernama) — Seorang suri rumah ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman senjata tajam di dada di dalam tandas rumahnya di Taman Vista Kirana, Bukit Katil di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mayat mangsa, 34, ditemukan ibu saudaranya, 65, dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik mandi rumah tersebut pada kira-kira 3.30 petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Siasatan awal mendapati mangsa maut dengan terdapat tiga kesan tikaman di dada kiri berkedalaman antara 2 hingga 3 sentimeter (sm). Sebilah pisau juga ditemukan masih terpacak di dada kiri mangsa.

“Semasa kejadian wanita itu hanya tinggal bersama ibu saudara dan anak lelakinya berumur 7 tahun, manakala suami mangsa tiada di rumah kerana bekerja di luar kawasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

BACA JUGA: Diserang Ketika Menoreh, Lelaki Maut Dipercayai Dibaham Harimau

Advertisement. Scroll to continue reading.

Christopher berkata semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati tiada sebarang pergerakan keluar masuk ke dalam rumah melalui pintu hadapan dan pintu belakang.

Beliau berkata pemeriksaan di kawasan sekeliling dan dalam rumah juga mendapati tiada kesan geledah atau kesan selerak.

“Setakat ini, tiada unsur-unsur jenayah dalam kejadian ini dan mayat diserahkan kepada Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat pada hari ini bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

The post Suri Rumah Ditemukan Maut Dengan Tiga Kesan Tikaman Di Dada appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Sukan

0 KEADAAN padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini tidak banyak berubah menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications