Hi, what are you looking for?

Hiburan

Suria FM cipta rekod bersiaran di atas kapal persiaran


BERSEMPENA 15 tahun penubuhan, Suria FM berjaya mencipta kelainan sekali gus mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai stesen radio pertama bersiaran di atas kapal persiaran.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin berkata, kejayaan tersebut turut meraikan rekod dicatat stesen berkenaan yang kini berjaya menduduki kelompok tiga teratas sebagai radio bahasa Melayu paling popular di Malaysia.

DJ LIN

“Alhamdulillah, ini adalah pembukaan tahun baharu yang sangat bermakna bagi pasukan Suria FM dalam memastikan momentum stesen radio terus berada dekat di hati peminat.

“Secara peribadi, saya berhasrat melakar sejarah dalam MBOR selepas memegang jawatan Pengurus Besar Suria FM sejak 2018.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Lebih bermakna siaran ini berjaya mendapat pengiktirafan MBOR. Saya melihat kerja keras kami berhasil dan menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya pada masa akan datang,” katanya.

Bersiaran dengan tema Membelah Samudera, segmen yang ke udara selama dua jam pada 10 Januari lalu dijayakan tiga penyampai slot Morning Morning Suria iaitu Ajak, Shuib dan Suraya.

Tidak setakat berkongsi kejayaan bersama pasukan kerja, Suria FM turut membawa beberapa rakan media dan lima pendengar bertuah belayar di atas kapal mewah, Genting Dream tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
PASUKAN Suria FM menerima pengiktirafan MBOR sebagai stesen radio pertama bersiaran di atas kapal persiaran

Turut hadir memeriahkan acara termasuk tiga penyanyi jemputan popular iaitu Siti Nordiana, Amir Masdi dan Andi Bernadee yang turut membuat persembahan menerusi beberapa lagu hit mereka.

Tambah DJ Lin yang popular menerusi segmen Suria Cinta, rekod baharu tersebut dicapai ketika pelayaran pergi dan balik selama empat hari tiga malam melewati Pulau Pinang dan Singapura yang berlepas dari Pelabuhan Klang, Selangor.

“Acara ini turut diadakan sempena ulang tahun ke-15 Suria FM yang juga stesen radio tempat ketiga teratas di Malaysia dengan lebih 3.5 juta pendengar setiap minggu.

“Jadi, kami berbesar hati dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Resorts World Cruises (RWC) atas kerjasama baik bagi meraikan ulang tahun ke-15 Suria FM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami percaya kejayaan juga hasil usaha padu daripada semua pihak, dibantu oleh formula berkesan, fokus tinggi dan komitmen terbaik.

“Suria FM gembira dengan pengiktirafan ini. Kami akan terus berusaha dan kekal komited untuk menghasilkan produk serta kandungan yang berkualiti bagi memenuhi kehendak pendengar,” katanya.

Tambahnya, Suria FM turut merancang untuk mencipta lebih banyak rekod baharu pada masa akan datang sekali gus menjadi radio yang kekal relevan bertepatan dengan kehendak semasa pendengar.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Syarikat Bantu Urus Penghantaran Pulang Jenazah Pekerja Bangladesh GEORGE TOWN, 29 Nov (Bernama) — Syarikat kepada seorang daripada tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh...

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS), Osprey yang membawa lapan anak kapal terhempas di Pulau Yakushima di pantai Jepun. Menurut laporan media...

Sukan

0 VALENCIA – Pasukan Repsol Honda mula mengatur barisan kru terbaik mereka menjelang persiapan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan selepas mengesahkan kehadiran pelumba...

Mamak News

0 Saintis Bimbang Glasier Di Antartika Cair Mendadak & Membimbangkan Kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Leeds mendapati bahawa pencairan ais di kawasan barat Antartika...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications