Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Tempatan

Suspek kedua kes culik, bunuh diberkas di Taiping


IPOH: Suspek kedua kes culik dan bunuh seorang lelaki yang mayatnya dijumpai ditanam di sebuah kebun kelapa sawit di Bidor, semalam, diberkas di Taiping, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan pada pukul 1 petang.

“Suspek pertama ditangkap dua hari lalu dan dia telah memberi keterangan yang kemudian menunjuk arah lokasi di mana mangsa ditanam di sebuah kebun kelapa sawit. Ekoran tangkapan itu, kita berjaya mengesan rakannya yang dicekup polis petang tadi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pondok Polis Komuniti Terminal Meru Raya, di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, pihaknya sedang menunggu hasil laporan bedah siasat mayat mangsa yang ditemukan dalam keadaan reput.

Katanya, mengikut keterangan suspek, mereka mengunakan sebatang kayu untuk memukul mangsa di bahagian kepala dan seluruh badan.

“Mangsa dan suspek merupakan rakan yang mana mangsa juga mempunyai banyak rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah. Mangsa juga baru dibebaskan dari penjara. Dengan tertangkapnya dua suspek itu, kes dianggap selesai,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement