Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Suspek Langgar Anggota JPJ Ada 8 Rekod Dadah, Jenayah


Aksi berani mati bawa padah

Suspek Langgar Anggota JPJ Ada 8 Rekod Dadah, Jenayah. Suspek yang bertindak nekad melanggar seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan ketika Operasi Penguatkuasaan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kilometer (KM) 28 Lebuh Raya Seremban, di sini pagi tadi, mempunyai lapan rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya telah menerima laporan pada 12.51 tengah hari tadi daripada seorang pegawai penguat kuasa JPJ mengenai insiden tersebut.

Suspek Langgar Anggota JPJ Ada 8 Rekod Dadah, Jenayah
Suspek Langgar Anggota JPJ Ada 8 Rekod Dadah, Jenayah. Kredit: Facebook

Menurutnya, motosikal yang ditunggangi suspek secara tiba-tiba dipandu laju dipercayai untuk meloloskan diri dan merempuh seorang anggota penguat kuasa JPJ semasa ingin dibuat pemeriksaan.

“Suspek yang ditangkap berusia 25 tahun itu juga tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Port Dickson esok untuk proses tahan reman.

Suspek Langgar Anggota JPJ Ada 8 Rekod Dadah, Jenayah

“Kes disiasat di bawah Sek 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jelas Aidi Sham lagi, anggota JPJ tersebut kemudiannya telah di bawa ke Hospital Port Dickson untuk menerima rawatan kerana mengalami kecederaan kecil di bahagian kaki dan tangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Suspek Langgar Anggota JPJ Ada 8 Rekod Dadah, Jenayah

Walaubagaimanapun menurut beliau, tiada kecederaan serius yang dialami dan anggota JPJ berkenaan dirawat sebagai pesakit luar.

Terdahulu, tular video berdurasi lima saat memaparkan anggota JPJ terpelanting dan terhantuk di kepala akibat rempuhan itu.

Baca lagi artikel menarik:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications