Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Syada Amzah mahu ‘pergi’ dahulu sebelum ibu


PETALING JAYA – Penyanyi Syada Amzah meluahkan hasrat mahu meninggal dunia sebelum ibu tercinta, Fauziah Sarman kerana tidak mampu hidup tanpa permata hatinya itu.

Menyedari kehebatan doa seorang ibu, Syada atau nama lengkpanya Nursyuhada Amir Amzah, 26, memohon dimurahkan rezeki agar sentiasa dapat menjaga insan kesayangan.

“Hasrat Adah (nama panggilan Syada), saya mahu pergi dahulu (meninggal) sebelum ibu, sebab saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada saya jika ibu tiada di dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tahu tidak semua orang berkesempatan menjaga seorang ibu. Ibu adalah lubuk pahala dunia akhirat dan seperti kita tahu, doa ibu tiada hijabnya.

“Jadi doakan Adah tau ibu. Semoga saya murah rezeki supaya boleh sentiasa belanja makan dan pakai ibu,” katanya menerusi hantaran Instagram

Dalam masa sama, adik kepada penyanyi Shila Amzah itu berkesempatan menitipkan nukilan istimewa buat ibunya sebelum 2023 melabuhkan tirai semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Meluangkan masa di hari terakhir pada tahun 2023 dengan insan yang saya sayang. Saya amat bersyukur dikurniakan insan yang hebat, rendah diri dan baik hati di sekeliling saya.

“Ibu, syukur alhamdulillah saya diberikan kesempatan untuk hidup. Allah beri peluang demi peluang supaya saya dapat jaga ibu.

“Satu-satunya impian dalam hidup saya adalah untuk buat orang yang saya sayang rasa gembira dan bahagia. Ibu, anda adalah insan yang sentiasa berada di tangga pertama dalam hati saya,” jelasnya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas terlibat dalam pertelingkahan berikutan isu cadangan Shila mahu menjual banglo didiami keluarga, Syada dilihat sering bersama ibunya.

Syada merupakan anak bongsu kepada penyanyi veteran, Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman.

Selain Syada, pasangan yang mendirikan rumah tangga selama 34 tahun itu dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Shahila, 34; Amir Syafiq, 31; dan Amir Syahir, 29.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, rumah tangga ND Lala dan Fauziah tidak berpanjangan apabila mereka sah bercerai menerusi aplikasi WhatsApp pada 2 Ogos tahun lalu. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement