Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Syafi mengganas ledak enam gol


PENYERANG Malaysian University, Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad membuktikan status sebagai pemain kebangsaan apabila meledak enam jaringan ketika membelasah Kedah 11-0 pada aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 kelmarin.

Pada aksi di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu, penyudah berbisa Syafi nyata tidak dapat dihalang barisan pertahanan Kedah, lebih-lebih lagi apabila diberikan kepercayaan mengetuai jentera serangan.

Penolong jurulatih Malaysian University, Ikmal Abdul Jabar berkata, kepercayaan diberikan pengendali pasukan, Lailin Abu Hassan dibalas Syafi menerusi aksi memukau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mungkin ini berpunca daripada taktikal yang diterapkan jurulatih untuk bermain lebih menyerang. Dia (Syafi) diletakkan lebih ke atas dan sentiasa berada dalam kawasan D.

“Dia juga tidak mensia-siakan setiap peluang yang ada, sebab itu dapat menjaringkan enam gol. Memang inilah aksi yang patut ditampilkan jika mengambil kira prestasi pasukan ketika ini,” katanya.

Selain enam gol Syafi, lima lagi jaringan Malaysian Univer­sity hadir menerusi masing-masing satu daripada Siti Nur Atika Shaikh Maznan, Nurul Fatin Fatiah Azman, Nuraslinda Said, Nur Zafirah Aziz dan ­Nuramirah Shakirah Zulkifli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Ikmal juga menjelaskan, anak-anak buah­nya mula menunjukkan keserasian serta rentak sebenar ketika menewaskan Negeri Sembilan dalam saingan Piala Sumbangsih minggu lalu.

“Semasa aksi Sumbangsih, kita sudah nampak graf permainan sudah meningkat. ­Memandangkan kita ramai pemain kebangsaan, maka pasukan-pasukan lain enggan kalah kepada kita, jadi sedikit sukar untuk kita.

“Selepas ini, kami akan bertemu Pahang Khamis ini sebelum menentang PDRM pada Sabtu. Kalau diizinkan, memang kita mahu dapatkan enam mata daripada dua perlawanan ini,” tambah beliau.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement