Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Syafinaz Selamat hairan bakat Bintang RTM terpinggir


KUALA LUMPUR — Bakat keluaran program realiti Bintang RTM dipandang sepi meskipun mempunyai vokal berkualiti membuatkan penyanyi Datuk Syafinaz Selamat berasa pelik apa sebenarnya yang dimahukan pencinta muzik tanah air.

Malah, Syafinaz, 51, berpendapat banyak bakat telah dibazirkan dek cita rasa pendengar yang sentiasa berubah-ubah.

“Saya sendiri terfikir kenapa bakat Bintang RTM tidak menyerlah padahal mereka sangat berkualiti dan jelas kalau nak jadi penyanyi keutamaan adalah pada vokal yang kuat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tapi perkara tidak penting seperti paras rupa serta sikap peserta yang lebih dipandang orang ramai.

“Itu yang bagi saya agak mengelirukan kerana saya sendiri sebagai juri menganggap bakat yang tidak menyerlah kerana kurang dari segi paras rupa mahupun perwatakan seperti dibazirkan,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Pada masa sama, guru vokal berpengalaman yang juga juri tetap Bintang RTM 2024 itu turut menzahirkan rasa simpati terhadap peserta berkualiti yang tersisih  meskipun sudah beberapa kali tular dalam media sosial.

“Sebenarnya saya sendiri rasa kasihan kepada bakat keluaran RTM ini, sayang sebenarnya bakat mereka itu dibazirkan begitu sahaja.

“Saya tidak ingat Bintang RTM tahun bila, sewaktu saya menjadi tenaga pengajar, peserta program tersebut sangat bagus tapi sampai sekarang tidak mendapat tempat dalam industri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Walaupun saya nampak dia sudah beberapa kali viral, tapi masih tidak dapat menonjol dan tidak disebut-sebut oleh orang ramai,” katanya.

Seramai 14 bakat muda terbaik telah dipilih pihak penerbitan Bintang RTM 2024 terdiri daripada peserta berumur 15 hingga 25 tahun.

Mereka ialah Akma Natasha, 25, Nuhammad Zulfeka 23, Mohd Azumi Shazani, 26, Norzizi Safira, 22, Sharifah Nurilmuhayati, 26, dan Muhammad Hadi Hafsham, 21.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Saingan turut diberikan peserta Muhammad Harris Mukhriz, 20, Muhammad Shahrezza, 22, Roziena Ixzy, 26, Mohd Enrien Syah, 24, Dayang Irsyadhania, 16, Mohammad Said Suhazie, 21, Eyia Eyre Guntabid, 23, dan Nur Shahirah, 23.

Bintang RTM 2024 mengangkat format pertandingan berbeza berbanding program pertandingan nyanyian lain masa kini.

Setiap minggu, peserta diberi kebebasan memilih sendiri genre dan lagu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dikemudikan Awal Ashaari sebagai pengacara, konsert minggu pertama bakal menemui penonton setiap Sabtu bermula 13 Januari ini. — KOSMO ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement