Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Syafiq Farhain tolak tawaran jadi vokalis tetap Iklim


PETALING JAYA – Biarpun direstui peminat, penyanyi Syafiq Farhain menolak tawaran untuk menggantikan bapanya, Allahyarham Saleem sebagai vokalis kumpulan Iklim.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya, Nursyafiq Farhain A.M Salim, 29, kumpulan Iklim pernah menawarkan posisi vokalis tetap kepadanya sebelum ini, namun terpaksa menolaknya kerana komitmen kerja sebagai anggota bomba.

“Memang benar sebelum ini kumpulan Iklim ada mengajak saya untuk menyertai Iklim sebagai vokalis tetap mereka.

“Tawaran itu merupakan satu penghormatan untuk saya untuk meneruskan legasi arwah bapa. Tetapi selepas berfikir panjang saya terpaksa menolak kerana bimbang tidak dapat beri komitmen sepenuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sekarang saya masih bekerja sebagai anggota bomba dan itu keutamaan saya. Selain, saya juga sibuk dengan karier sebagai penyanyi solo,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Jelas Syafiq yang popular dengan lagu Sayang Maafkan Aku itu, keputusan tersebut juga diambil kerana nama Syafiq Farhain sudah dikenali ramai.

“Peminat sudah kenal saya dengan nama Syafiq Farhain, jika saya sertai kumpulan Iklim saya harus buang nama Syafiq Farhain dan gunakan Syafiq Iklim.

“Rasa sayanglah usaha keras saya selama ini hilanh begitu sahaja. Jadi, lebih baik saya bergerak secara solo,” ujar Syafiq.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sungguhpun begitu, Syafiq tidak menolak untuk bekerjasama dengan kumpulan Iklim dalam projek khas. Bahkan tahun depan, dia akan muncul dengan dua buah lagu baharu bersama kumpulan rock legenda era 1990-an itu.

“Saya tidak ganti arwah bapa atau abang Azmani sebagai vokalis Iklim, sebaliknya hanya menjayakan kerjasama bersama mereka mengikut projek. Kiranya Iklim feat Syafiq Farhain.

“Rasanya cara itu lebih sesuai, peminat dapat menyaksikan saya bersama Iklim tetapi dalam masa sama saya tidak terikat dengan mereka,” kongsi Syafiq.

Syafiq diminta mengulas tentang khabar angin bertebaran dalam aplikasi TikTok bahawa dia akan menyertai kumpulan Iklim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Desas-desus itu mengundang pertanyaan berikutan band tersebut sudah mempunyai vokalis, Azmani atau Mohd. Azmani Mohd. Isa.

Dalam pada itu Syafiq turut memberitahu, pelancaran single solo terbaharunya akan ditunda untuk memberi laluan kepada projek bersama kumpulan Iklim dan beberapa projek lain.

“Lagu solo baharu saya telah lama siap, memang perancangannya mahu dilancarkan pada tahun ini tetapi disebabkan banyak projek lain yang berjalan jadi terpaksa ditunda dahulu,” kata Syafiq.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Karier seni Syafiq bermula selepas dia meraih gelaran naib juara program Big Stage musim pertama pada 2018. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement